Isnin, 16 Jun 2008

PEMGUMPULAN BANTUAN BENCANA MYANMAR / CHINA

Laporan oleh PAS Cawangan Telok Datok:


Sebulan telah berlalu peristiwa Taufan Nargis yang melanda Myanmar dan Gempa Bumi di China hampir sahaja dilupakan. Berbekalkan kesedaran kemanusian Parti PAS cawangan Telok Datok telah menganjurkan satu majlis Pengumpulan Bantuan Bencana Myanmar /China bagi menjayakan Program Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia.





Progran ini telah dilangsungkan pada 14 dan 15 JUN 2008 bertempat di kariah Taman Seri Telok Datok, Banting dan disertai seramai 18 orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli PAS dan belia kariah ini. Program ini telah diketuai oleh Tuan Haji Sanusi bin Sojo

Program ini dilaksanakan dengan kaedah kutipan dari rumah ke rumah. Sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kariah ini khususnya dari kaum Cina dan India tanpa mengira fahaman Agama dan Politik.
Sumbangan juga diterima daripada PAS Cawangan Tali Air yang diwakili oleh 5 orang ahli PAS cawangan berkenaan.

Penyelaras Program mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Taman Seri Telok Datok dan sekitarnya di atas sumbangan dan kerjasama khususnya dari kaum Cina dan India. Urusetia program tidak menjangka mendapat sambutan yang begitu baik.
Program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa

Tiada ulasan: