Salmiyah Harun Wed May 28, 08 2:57:55 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Orang ramai dijemput menghadiri ceramah umum yang dianjurkan Jawatankuasa Bertindak Dun Bangi pada 6 (Jumaat) dan 8 Jun (Ahad) ini jam 9.00 malam.
Ceramah pertama pada malam Jumaat diadakan di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Ahli panel yang dijemput antaranya Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar, dan Hamizan Sany.
Manakala, ceramah umum pada hari Ahad pula akan berlangsung di padang bola sepak Council Home Bandar Baru Bangi yang akan menampilkan pendakwah bebas Ustaz Badrul Amin. - mns
Tiada ulasan:
Catat Ulasan