Jimadie Shah Othman Jun 9, 08 1:19pm
Pulau Pinang akan mengumumkan kemungkinan melarang Islam Hadhari dalam masa terdekat, tidak lama selepas Selangor tidak membenarkan konsep itu disebarkan di negeri tersebut.
Satu sumber yang dekat dengan kerajaan Pulau Pinang memberitahu Malaysiakini hari ini, timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin "mungkin mengumumkan keputusan rasmi negeri (untuk melarang atau sebaliknya) dalam masa sehari dua lagi."
Dua minggu lepas, Mohammad Fairus berkata negeri itu akan mengikut jejak Selangor yang tidak mengizinkan sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Wakil rakyat Penanti, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."
Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.
"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya kepada Malaysiakini, sehari selepas keputusan Selangor
Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.read more
Tiada ulasan:
Catat Ulasan