Isnin, 19 Oktober 2009

IKTIBAR DARI AL QURAN: GEMPA BUMI DI PADANG, INDONESIA

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

* Subhanallah....Sesungguhnya apa yang berlaku telah ditentukan oleh ALLAH, yang jelas terkandung di dalam kitab suci Al Quran berkenaan kejadian akhir zaman.Apabila datang satu-satu musibah,Sesungguhnya ia adalah peringatan atau amaran daripada ALLAH SWT yang menunjukkan perlunya kita kembali kepada Al Quran sepenuhnya...Telah banyak berlaku kemungkaran dan kerosakan oleh tangan-tangan manusia...Renungkanlah...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Ole-Ole UBN Dari Bagan Pinang : Gula-Gula Untuk Pengundi Bagan Pinang,Jelaskan Maksud Untuk Menggula-Gulakan Rakyat...





* Antara bahan kempen yang digunakan UBN,bagi GULA-GULA kepada pengundi Bagan Pinang.Cukup menjelaskan, janji-janji masa kempen pilihanraya UBN hanya jadi GULA-GULA untuk rakyat mengundi mereka.Umpama bungkusan gula-gula,bila isi dah dapat...pembungkusnya dibuang sahaja..merata-rata pulak tu.Alahai...Rakyat Malaysia..sedarlah...jangan kita mudah diperkotak-katikkan...Sesungguhnya,kita adalah rakyat yang bermaruah..Tolak pemimpin tidak bermoral,tolak pemimpin RASUAH..Pilihlah pemimpin kita yang beriman & bertaqwa...yang menjunjung AL QURAN & SUNNAH....ALLAHUAKBAR!!!..

Rabu, 14 Oktober 2009

Kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Mengenai PRK N31 Bagan Pinang

Analisa Awal

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.

-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau

-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.

-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada umno.

-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.

-Undi pos yang tidak di pos adalah simpanan tetap umno dalam pilihanraya

-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan Pas sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli umno 3017 orang.

-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan umno dalam pilihanraya.

-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam umno untuk membodohkan rakyat.

-Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar.

- Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi Pas, tetapi takut menzahirkan diri.

-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada Pas.

-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.

-Sokongan Kelab Penyokong Pas yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan kerja yang mereka lakukan sejak PRK 12 2008

-Usaha gigih ahli-ahli Pas di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas Pas dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samsing umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong Pas sama ramai.

-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli Pas. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

Ust Idris Ahmad

Gambar Penyokong PAS Dibaling Batu Di Bagan Pinang







Sekitar Hari Mengundi PRK N31 Bagan Pinang


Bersama Naib Presiden PAS,YB Salahuddin Ayub


Jentera parti dari Kawasan Kuala Langat


Bersama Dato'PJS, Dato' Dr Hassan Ali



Dato' PJS turun padang melawat petugas parti



Suasana pusat mengundi ketika dibuka di Ladang Bradwall



Sepanjang Kempen PRK N31 Bagan Pinang
















Sekitar Hari Penamaan Calon PRK N31 Bagan Pinang








Hari Penamaan Calon




















Selasa, 13 Oktober 2009

MCA lebih pandai menilai kualiti pemimpin berbanding UMNO

KOTA BAHRU, 13 Okt : Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.
"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.
"Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan," katanya.
"MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah)," katanya lagi.
Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.
MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.
"Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?," soalnya.
Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.
"Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.

* Ana rasa UMNO yang sibuk dengan perjuangan asabiyah ni,kena belajar dari kaum cina cara-cara berpolitik agar lebih matang.Benda busuk (sampah),kalau manusia yang waras dah tentu dibuang...ini tak,makin diambil.sanggup jilat ludah balik...