Isnin, 7 Julai 2008

Semakin Banyak Bercakap Semakin Banyak Terlodeh, Saturday, July 05 @ 11:00:00 MYT oleh SongkokPutih

Oleh Ibrahim Baba

Berbalik kepada "Sifu" IB yang memberi petua "Do not volunteer information" Najib kini semakin mengelabah. Bukan setakat "body-language"nya yang terlalu banyak menimbulkan persoalan malah kata-katanya semalam turut menimbulkan banyak persoalan. Setiap kali dia membuka mulut, satu demi satu rahsia terbongkar.

Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.



Antaranya;Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM? Dalam kesibukan Najib - sempat untuk menerima aduan seorang "pekerja" Anwar? Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib? Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat? Apakah Rosmah ada sama - sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK? Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi - Pak Lah? Kenapa Najib? Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem! Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!Tetapi suatu "fakta" yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:

Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut "beberapa hari" itu?

Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!

Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

Sekian, IB

Tiada ulasan: