Pada 1hb Ogos 2009(Sabtu) jam 9.30 pagi,rombongan Dewan Pemuda Pas Kuala Langat bergerak ke stesen komuter Pelabuhan Klang bagi menyahut seruan jihad bagi mendesak kerajaan UMNO-BN memansuhkan ISA yang jelas telah menzalimi rakyat marhaen.
Perjalanan ke Stesen KL dirasakan cukup menghiburkan walaupun menyedari betapa serangan gas pemedih mata & Water Canon telah bersedia membedil kami pada sebelah petang nanti.
Dalam perjalanan,ana menerima sms 20 orang 'bakal' demonstran ditahan oleh anjing2 tunggangan UMNO-BN.Ana menjelaskan perkataan 'bakal' itu kerana demonstrasi belum bermula tetapi tangkapan telah dilakukan. Atas kesalahan apakah demonstran itu ditahan??Ana mula tak paham dengan negara Malaysia ini yang mahu dijadikan seumpama negara polis.
Jam 11.45 pagi, kami tiba di stesen KL.Kami lihat 'Black Maria' telah menanti dihadapan Masjid Negara menunggu para pejuang rakyat untuk dihumban hina ke dalam tahanan polis.Anggota Polis berpakaian seragam telah masuk ke Stesen KL untuk menahan setiap individu yang memakai baju hitam dan merah..ikut suka die je nak tahan.Kami berjaya mengelakkan diri dari ditahan sebelum demonstrasi bermula.
Sekitar Masjid Negara terutama dihadapan pintu masuk masjid,anggota polis mengawal ketat setiap individu yang masuk ke masjid.Ape punye teruk..orang nak sembahyang pun susah nak dihalang-halang.Beberapa tangkapan dibuat dihadapan Masjid Negara.Apa yang Ana lihat,individu yang ditahan membawa atau memakai baju yang berkaitan dengan suara hati rakyat marhaen yang mahukan akta zalim ini dimansuhkan.Ana pelik negara kita ni.kalau pakai baju gambar tengkorak ke,gambar perempuan separa bogel ke boleh pulak??Tiba2 lambang yang memaparkan kehendak hati rakyat jadi kesalahan.Tak paham...Inilah bahananya bila ditanam dalam fikiran bahawa agama itu lain,politik itu lain.Betul2 fahaman sekular.
Selepas solat Zohor,kami(demonstran GMI) bergerak menuju ke Istana Negara.Komander perarakan ini diketuai oleh Dr Hatta Ramli.Perancangan asal laluan perarakan telah terbantut apabila jalan menuju ke Istana Negara telah ditutup ole pihak polis.Alternatif diambil untuk mengubah laluan untuk menuju ke Sogo bagi bergabung dengan perakan dari Sogo.Ketika ini, keganasan pihak polis telah bermula apabila mula mukul dan membelasah demonstran.Dr Hatta sendiri hampir ditahan.Mujur sahabat2 pejuang berjaya mempertahankan Komander kami ini.
Perarakan diteruskan melalui flyover berdekatan dengan Bank Negara.Di sinilah bermulanya,serangan gas pemedih mata dan Water canon dilancarkan.Kami berlari menyelamatkan diri dari serangan yang kejam ini.Gas pemedih mata cukup memeritkan kami.Begitu juga dengan serangan Water Canon yang berisi air kimia.
Dalam keadaan huru hara yang sebenarnya dilakukan oleh pihak polis itu,rupa-rupanya kami telah terkepung oleh jentera haram jadah UMNO-BN ini.Ana sendiri telah melarikan diri memanjat bukit yang berhampiran dengan tanpa disedari terletaknya Bukit Aman.Panjat punya panjat baru tersedar..ni bukan nak selamatkan diri,tapi menyerah diri.
Bila keadaan mula reda,kami berkumpul di atas jalan sambil menadah tangan memohon bantuan Ilahi agar dihancurkan golongan zalim ini.Selesai berdoa,Dr Mujahid Yusuf Rawa telah mengimamkan solat hajat di atas jalanraya.Secara spontan,ramai demonstran yang menjadi makmum solat hajat itu.
Pada rakaat terakhir solat hajat,jentera FRU telah mula menghampiri gerombolan manusia yang sedang bersolat sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata.Serangan gas pemedih mata ini betul2 ditujukan kepada jemaah yang sedang bersolat.Lihatlah dan renungkanlah..Apakah bezanya serangan ini dengan serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis di Palestin??Yang ana nampak,bezanya hanya jenis peluru je..yang lain tu dah sama sangat dah.Bertempiaran lari kami menyelamatkan diri dari serangan kali ini.Dalam keadaan yang genting,pihak polis telah menyerang dengan lebih ganas dan melakukan tangkapan kepada demonstran.Kami tidak ada pilihan apabila serangan Water Canon dilakukan.kami memasuki bangunan Royal selangor Club untuk mencari tempat perlindungan.
Ketika ini,serangan gas dan pancutan air kimia semakin galak bermaharajalela menghambat rakyat yang tidak berdosa.Tanpa belas kasihan,pihak polis yang seumpama hilang akal ini telah menyerang ganas tidak kira lelaki,perempuan,tua,muda,yang sihat mahu pun sakit.lama kami berlindung di sini sehingga bebrapa anggota polis yang berkawal di Dataran Merdeka memberi arahan/tunjuk arah kepada demonstran untuk bersurai dengan selamat.
Beberapa demonstran mengikut arahan itu.Rupa-rupanya,apabila keluar sahaja dari Royal Selangor Club sambil mengibarkan kibaran putih serangan gas dan pancutan air kembali bertamu.Kami menggelupur lari sekali lagi.Nampak sangat sudah menjadi kegilaan pihak polis yang ditunggangi oleh pemerintah untuk menjadikan rakyat ini sebagai belasahan dengan boleh diperlakukan sesuka hati.
Kira-kira 3.30 petang,ana dan beberapa orang sahabat bergerak menuju ke Masjid Negara untuk bersurai secara aman.Sahabat lain yang hadir beramai-ramai telah terpisah akibat kekecohan yang berlaku.Kami menuju ke Stesen KL untuk berkumpul sementara menanti sahabat2 yang terpisah tadi.Kira2 jam 4.30 petang,kami bergerak pulang.
Dalam perjalanan pulang itu( 5.30 petang ),kami dikejutkan dengan berita penahanan 5 orang sahabat kami ketika perhimpunan aman ini telah pun bersurai.Penahanan yang tidak masuk dek akal.Atas kesalahan apa??
Penahanan seramai 589 orang jelas menunjukkan bahawa pemimpin UMNO-BN terlalu tamakkan kuasa dan menjaga kepentingan politik mereka.Semua jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan UMNO-BN.Tidakkah mereka sedar,apa yang ada pada mereka itu adalah amanah besar dari ALLAH SWT yang harus dipikul dengan penuh hemah dan bertamadun.Ingatlah segala amanah ALLAH ini akan dipersoalkan dihadapan RABBUL JALIL untuk diadili dengan seadil2nya.
Mahkamah dunia boleh dipermainkan&dipengaruhi untuk kepentingan masing2.Tetapi,MAHKAMAH ALLAH tiada siapa yang dapat lari dari pengadilan yang seadil2nya.Mulut akan dipateri..ketika itu anggota badan kamu yang membuat kejahatan,kezaliman dan kekejaman akan membongkarkan segala perbuatan di atas dunia.
SELAMATKAN MALAYSIA KITA..BERLANDASKAN HUKUM ISLAM YANG SYUMUL..TEGAKKAN KEADILAN..PENUH KEBAJIKAN..MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!
TSUNAMI HIJAU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan