Jumaat, 28 Ogos 2009
TAZKIRAH RAMADHAN - KISAH BURUNG PIPIT
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Zaman Nabi IbrahimSejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.
Iktibar dan Pengajaran:
1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?
2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa...
3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.
4) Jadilah insan yang benar-benar berjiwa merdeka, apa makna merdeka? maknanya kita bebas dan tidak takut dan tidak memperhambakan diri kepada manusia. Jadilah insan berjiwa merdeka yang tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yang benar tanpa rasa gementar dengan ancaman dan ugutan manusia.
5) Niat kita mesti betul, dalam perjuangan niat kita wajib diperbetulkan. Kita berjuang kerana Allah. Parti politik hanya sebagai wadah atau platform untuk berjuang. Kalau kita puja bunga, bunga kan layu. Kalau kita berjuang dan memuja pemimpin, pemimpin juga akan mati.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Rabu, 26 Ogos 2009
PAS kuasai pentas PRK Permatang Pasir,UMNO-BN tak sedar lagi ke?
Permatang Pauh,kena belasah..Kuala Terengganu,terus parah dibelasah.Datang 2 Bukit (Bukit Gantang & Selambau)terus-terusan kena pepah..Batang Ai,kononnya penyelamat maruah mereka.peggggiiii dahhhhh...................
Penanti,awal2 mereka dah menyerah kalah...Datang Manek Urai,walaupun kalah tetap melalak kononnya mereka berjaya 'MENANG DALAM KALAH'.Tak tau ke,kalau kurang 1 undi pun kira kalah la juga..
Tup...Tup....Muncul Permatang Pasir..PAS pukul maut,UMNO-BN masih tak sedar2 lagi..Dalam keadaan macam2 peraturan baru yang ditetapkan oleh SPR yang jelas banyak membantu mereka dari DULU,KINI&SELAMANYA..Namun,perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.Kebenaran berjaya dizahirkan..
Kerajaan UMNO-BN tak sedar lagi ke apa maksud / signal yang diberikan oleh rakyat? Lepas dilanda Tsunami Mac 2008,dengan kekalahan berterusan PRK nampaknya mereka tak faham2@buat2 tak faham.Jelas...Rakyat mahukan perubahan yang lebih baik,yang lebih adil & saksama,yang lebih menjamin kesejahteraan rakyat.
Dalam keadaan PR diasak hari2 oleh media tali barut UMNO-BN, ALHAMDULILLAH..ALLAH tetap memberi kemenangan kepada PR.
Nak komen&ulas banyak2 pun tak guna..masing2 bijak pandai,dah besar panjang..dah boleh fikir baik buruknya. Satu je yang nak diperingatkan kepada UMNO-BN,
TIADA KERAJAAN YANG KEKAL DI DUNIA INI MELAINKAN KERAJAAN ALLAH SWT...
Kalau dah tak mampu & tak reti nak tadbir negara...TURUN!!!!!! Meh bagi PAKATAN RAKYAT ajar cara2 nak tadbir negara...
TAKBIR 3X...ALLAHUAKBAR....
Selasa, 25 Ogos 2009
PENGUASAAN BAHASA ASING SEBAGAI ALAT PENCERDASAN.
Yusuf, seorang pelajar junior warga Indonesia pernah bercerita pada saya. Suatu saat rakan-rakannya sedang memperolok-olok seorang pelancong barat yang berkunjung ke daerahnya dengan menggunakan bahasa Batak. Bahasa asli penduduk Sumatera Utara. Alangkah terkejutnya mereka apabila pelancong itu mampu membalas olokkan tersebut dengan menggunakan bahasa Batak juga. Bahkan dengan tutur kata yang begitu fasih.
“Suf, menurut abang, itu bukannya pelancong biasa. Barangkali, itulah dia antara agen imperialis-kapitalis yang ingin merampok harta kekayaan Negara kalian satu per satu”, simpulku mudah membayangkan konspirasi internasional terhadap Negara yang tak sepatutnya miskin ini.
Danau Toba. Antara keajaiban alam di daerah Sumatera Utara, Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong asing.
Penguasaan terhadap bahasa sesuatu bangsa dapat dijadikan strategi ampuh untuk menguasai bangsa tersebut. Kita tidak kaget dengan contoh ‘pelancong’ di atas kerana golongan orientalis-missionaris yang menekuni kajian keislaman di barat sudah lama mewajibkan penguasaan atas bahasa arab, syro-aramaic, latin, dan lain-lain kepada muridnya. Tiada tujuan lain melainkan untuk meneroka khazanah keilmuan dari sumber primer yang diwarisi dari Tamadun Islam. Setelah menguasai, banyak antara mereka yang mengotak-atiknya pula. Kemudian, dipaksakan atas kita (baca: umat islam) untuk mengadopsi hasil kajian sesat plus sekular mereka itu. Seolah-olah mereka sedang berkata, “Look we know better than you do!”
BAHASA PERHUBUNGAN KITA ADALAH BAHASA ARAB
Pentingnya pendidikan harus didukung oleh penguasaan bahasa asing sebagai alat pencerdasan. Namun, menjadi persoalan bagi kita, apakah bahasa yang menjadi keutamaan kaum muslimin?
Dr. Mohammad Natsir (1908-1993), pemimpin jama’ah islam terbesar dunia iaitu Parti Majlis Syura Ulama Indonesia (Masyumi) mengemukakan kepentingan menguasai bahasa asing sebagai berikut:
“Bahasa adalah salah satu soal kecerdasan bangsa yang terpenting. Bahasa itu, bahasa kita sendiri, adalah menjadi syarat bagi berdiri tegaknya kebudayaan kita. Akan tetapi, satu kebudayaan yang hidup, tidak cukup hanya dengan tinggal berdiri saja. Ia perlu tumbuh, bertambah, berubah, bergerak, ‘dinamis’, kata orang sekarang. Dan untuk ini, perlu kepada pertukaran ‘udara’, perlu kepada tambahan ‘baja’ perlu kepada tambahan ‘air’ yang menjadi syarat penawar hidupnya… oleh sebab itu, disamping bahasa ibonda kita sendiri, adalah bahasa asing yang lebih luas dan lebih kaya, yang dapat memperhubungkan kita dengan negeri luar, menjadi suatu rukun yang tak boleh tidak, bagi kemajuan dan kecerdasan kita.”
Tambahan beliau lagi berkenaan bahasa perbendaharaan ilmu iaitu Arab,
“Kalau kita disini mengatakan ‘bahasa asing’, ghalibnya kita ingat kepada bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, atau lain-lain. Dan memang bahasa Belanda, bahasa Inggeris, dan sebagainya itu banyak jasanya bagi kecerdasan kita bangsa Indonesia. Ini tidak kita mungkiri! Akan tetapi, jangan kita lupakan bahawa sebelum bahasa Belanda menjadi perhubungan dengan dunia luar, sebelumnya bahasa inggeris mulai dipelajari dikalangan bangsa kita. Kita di Indonesia sudah berpuluh tahun terlebih dahulu mempunyai bahasa perhubungan, jembatan yang menghubungkan kita dengan sumber kebudayaan dunia luar, iaitu bahasa Arab! .... dan bagi kita kaum Muslimin, adalah bahasa arab itu satu bahasa persatuan yang tak akan mungkin dicarikan gantinya, bahasa kunci dari perbendaharaan ilmu dan pengertian agama kita. Besar kerugian dan kerosakan yang menimpa kita apabila bahasa ini kita abaikan dan kita kesampingkan.”
Pak Natsir , tokoh antarabangsa yang dihormati. Beliau adalah pemimpin Harakah dan juga pemimpin Negara. Dalam umur yang sangat muda, 21 tahun sudah menguasai banyak bahasa antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Latin, dan sudah tentu bahasa Al-Quran iaitu Arab. Lihat ulasan Anwar Ibrahim
PROJEK SEMI-MEGA: KELAS INTENSIF PENGUASAAN BAHASA ASING
Bagi mengelakkan tulisan ini hanya berlegar seputar idea sahaja tanpa praktikal maka saya menyeru kepada seluruh Persatuan Pelajar Malaysia di seantero dunia, dalam dan luar negeri yang bertanggungjawab menjaga akidah, kebajikan, dan pendidikan ahlinya agar membuka kelas intensif penguasaan bahasa asing secara selektif dengan meletakkan bahasa Arab sebagai prioriti, Arab-Inggeris-Latin-Perancis-Belanda.
Selain bertujuan menguasai Sains dan Teknologi moden, alat kecerdasan ini diharapkan mampu memotivasi dan menambah wawasan mahasiswa muslim untuk mendalami 12 displin ilmu sebagaimana yang telah digariskan oleh Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya, Jundullah thaqafatan wa akhlaqan. Sila lihat tulisan saya, Kenapa Pelajar Sains Wajib Mengaji?
Bagi pelajar yang menuntut di Sumatera Utara pula. Cuba kita tanya, sejauh mana penguasaan kita terhadap bahasa asing, terutamanya bahasa arab? Adakah Kelas Intensif Bahasa Arab yang insya’Allah bakal diwujudkan oleh persatuan pelajar pada bulan Ogos 2009 nanti akan mendapat tempat dihati pelajar Malaysia-Indonesia?
“Saatnya Kita Melahirkan Pemimpin Multidimensi,” harapanku mula menggunung melebihi puncak Gunung Everest.■
Isnin, 17 Ogos 2009
Perbezaan PAS dan UMNO
Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya. Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO.
Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam. Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
Meneruskan Perjuangan Para Nabi
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK
Kepada golongan muda khususnya,lakukanlah hijrah yang sebenarnya sempena kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Marilah kita bersama-sama mengukuhkan saf2 kekuatan Islam dan seterusnya mempraktikkan kehidupan Islam dalam kehidupan kita.
Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan yang terakhir bagi kita.Kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan apabila kita telah dijemput oleh ALLAH SWT.Ambillah dan gunakanlah kesempatan usia ini untuk kita beribadat dan bertaubat sebelum terlambat.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.......
Khamis, 13 Ogos 2009
Sinar Kemenangan Di Permatang Pasir
di Bulan Ramadhan
Tanda Awal Kemenangan
1. Bulan Ramadhan adalan bulan suci dan mulia bagi Ummat Islam justeru ia adalah bulan ibadah sekaligus meletakkan hamba - hamba Allah yang beriman semakin dekat kepadaNya justeru Taqwa adalah ramuan utama untuk sajian sepanjang Ramadhan
2. Ramadhan juga adalah Bulan Jihad dan Bulan Kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamaddun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah
3. Ramadhan juga adalah bulan Nuzul al Quran sebagai kitab suci dan pekeliling khas yang diturunkan oleh Allah swt untuk memandu hidup manusia agar selamat di dunia dan akhirat
4. Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan segala ganjaran dilipat ganda buat insan yang muttaqin , pintu syurga yang terbuka luas untuk menanti sang pejuang yang ikhlas menegakkan perjuangan Islam dan kebenarannya , pintu neraka yang tertutup rapat agar tidak menjerumuskan hamba - hamba Allah yang berpeluang untuk memohon ampun dan taubat di atas dosa yang dilaku serta segala syaithan iblis yang menghasut dan mengadu domba akan dibelenggu .
5. Justeru Ramadhan adalah bulan yang paling damai dan kondusif untuk sang pejuang untuk beraksi semaksima mungkin guna mencari keredhaan Allah swt dengan seikhlasnya tanpa ragu dan teragak - agak akan pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Rabbul Izzati .
6. Bukankah Ramadhan bulan yang diberkati segala amal , dirahmati segala aktiviti dan diperkenan segala munajat asal saja segalanya itu dipusatkan untuk mencari redha Allah swt . Inilah bulan yang menjadikan insan muslim mukmin muttaqin tampil gagah dengan ibadah puasanya sementara dibebankan ke atas musuh - musuh Islam rasa gerun dan tidak yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendepani kemaraan tentera - tentera Islam .
7. Saff para pejuang Islam akan lebih kemas , bergaya dan perkasa turun ke medan justeru Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis . Disiplin menjadikan saff para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat .
8. Pemuda PAS dinasihatkan agar memaksimumkan peluang ini untuk meningkatkan segala keupayaan yang dimiliki untuk :
Pertama : Mendekatkan diri kepada Allah swt bagi mencari redhaNya dan sekaligus memudahkan nusrah dan maunahnya kepada perjuangan yang kita dokong ini .
Kedua : Mendekatkan diri kepada masyarakat khasnya pengundi agar mereka memberi sokongan padu kepada perjuangan kita untuk mengangkat martabat ummah serentak itu memperjuangkan islam agar mampu ditegakkan di atas tanahair kita pada satu masa kelak , Insyaallah .
9. Pemuda PAS diarahkan agar tidak leka dan lalai apalagi terjebak dalam perkara mungkar agar tidak dimurkai Allah Azza wa Jalla . Sebaliknya mendatangkan segala amal ibadah dengan penuh rasa ubudiyyah sesuai sebagai anggota Gerakan Islam .
10. Pemuda PAS adalah harapan dan sandaran Jamaah untuk membawa pulang kemenangan . Kemenangan buat ummah dan kemenangan buat perjuangan suci ini agar ianya terus gah dipersada politik tanahair . Sedetik kalian asyik dan seketika kalian lelap , bermakna kekalahan kian menghampiri kita dan kebinasaan menguasai kita . Ayuh Pemuda , di seluruh negara dan di mana sahaja anda berada , saya menyeru anda agar bangkit dengan segala keizzahan kalian sebagai Pemuda kebanggaan Rasulullah saw ! - daftar diri dan turun bertugas di Permatang Pasir , bantu perjuangan Islam ini agar ia tegak membela ummah !
Takbir ! Takbir ! Takbir !
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 19:25 2 comments Links to this post
Jangan Hina Islam!!!
1. Islam adalah agama suci yang diwahyukan Allah swt. Agama yang mendamaikan hati , menyatukan silaturrahim , memperkayakan budi , menegakkan keadilan , menentang kezaliman , membina peradaban , menolak korupsi , anti penyelewengan , menyanggah penyalahgunaan kuasa , benci sikap hipokrit , tidak berpura - pura , memberi hak beragama dan tidak mencela antara satu sama lain tanpa sebarang asas .
2. Islam agama yang benar Ianya agama Allah Tuhan yang maha sempurna bukan ciptaan manusia yang terdedah kepada 1001 kekurangan dan kelemahan . Justeru itu Islam adalah agama yang layak dianuti bukan dikeji . Islam adalah agama yang wajar diterima bukan dihina .
3. Islam telah membuka ruang kepada umum sejak ia diturunkan sehinggalah kiamat kelak kepada siapa sahaja yang berupaya mendatang satu bukti atau satu surah yang boleh menandingi kebenaran al Quran . Islam pernah mencabar melalui kitab sucinya agar siapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya agar membawa bukti bahawa Islam adalah salah sementara yang lain adalah benar !
هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين
Sila datangkan pembuktian kamu [ untuk menolak kebenaran Islam ]
jika dakwaan kamu benar.
4. Justeru itu , tiada siapa berhak menghina agama Islam sebagaimana Islam melarang penganutnya menghina agama lain . Bahkan tidak dibenarkan sama sekali kepada siapa jua samaada muslim atau non muslim untuk menghina , mempersenda , mempermain , memperkecil , memperlekeh atau 1001 perkataan yang membawa maksud serupa . Melalui apa jua cara , kaedah dan pendekatan penghinaan kepada Islam adalah perbuatan terkutuk yang bukan sahaja mengundang kemarahan ummat Islam tetapi diwajibkan ke atas ummat Islam bangkit membela dan mempertahankan Islam .
5. Akhbar Jylland Posten pernah menghina Islam dengan lukisan karikatur nabi saw , kita pemuda Islam dan seluruh ummat Islam prihatin yang ada iman biarpun sekelumit bangkit menentang di seluruh dunia walaupun akhbar itu dimiliki oleh orang - orang bukan Islam . Begitu sepatutnya penentangan mesti dilakukan oleh ummat Islam kepada akhbar Utusan Malaysia dan lainnya juga menghina Islam apabila memaparkan gambar dan aksi artis yang mendedahkan aurat secara ghairah , mempamerkan keputusan judi sport TOTO , lumba kuda dan sebagainya .
6. Siapa sahaja tidak boleh mempertikaikan kesucian agama Islam . Samaada non muslim atau lebih - lebih lagi seorang yang mengaku muslim . Non muslim yang menghina , mempersenda dan menetang Islam akan ditentang pula oleh ummat Islam sementara yang mengaku muslim tetapi menghina , mempersenda dan menentang Islam adalah murtad dan ia berdepan dengan hukuman bunuh mandatori . Demikian ketetapan Islam dari Allah swt dan Nabinya saw.
7. Begitulah pula Islam menghulurkan tangan sucinya untuk menyambut siapa sahaja dengan penuh mesra dan semangat setiakawan sekalipun ia adalah non muslim andainya mereka bersedia menerima Islam dan ummatnya walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam dan beriman kepada Allah swt . Islam tidak boleh memaksa orang lain memeluk ajaran Islam lantaran Islam adalah agama yang mesti dianut dengan rela dan yakin .
8. Ummat Islam berkewajipan memelihara , mempertahan dan memperjuangkan Islam dari segala ancaman dan penghinaan sehinggalah terserlah kesucian dan kemuliaan Islam setelah sekian lama ianya ditudung dan sengaja disembunyikan oleh musuh - musuhnya termasuklah angkara perbuatan sebahagian dari kalangan ummat yang mengaku Islam tetapi jahil dan munafik [ hipokrit ] serta merelakan diri mereka menjadi boneka dan alat musuh .
9. Non muslim pula berkewajipan mendapatkan maklumat dan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak yang berauthoriti untuk memberi penjelasan mengenai Islam agar dapat mengelak diri dari kenyataan dan tindakan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan ummat Islam .
10. Perkara yang perlu diawasi dan diberi perhatian oleh semua pihak ialah peranan media musuh yang tidak bertanggungjawab untuk sengaja mempertembungkan muslim dan non muslim atau meruncingkan lagi perbezaan yang sedia wujud . Selayaknya media mengambil peranan mendamaikan dan merapatkan jurang . Jirus air ke atas bara api jangan jirus petrol !
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 10:59 0 comments Links to this post
Wednesday, 12 August 2009
UMNO Pengkhianat Agama
2. Tahniah juga saya ucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sebentar tadi telah mengumumkan kawasan - kawasan [ majoriti muslim ] larangan menjual arak dan minuman beralkohol di Selangor . Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada keduanya . Satu usaha awal untuk membawa negeri PAKATAN Rakyat menjadi lebih baik daripada UMNO dan BN . Semoga usaha diteruskan dan dikembangkan dalam banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan jauhi sama sekali sebarang usaha yang hanya bersifat retorik .
3. UMNO dan BN pastinya kehabisan modal dan kini mereka terpaksa menggunakan peluru akhirnya untuk menyerang dengan mensasarkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi dasar perjuangan dan aktivitinya. Setelah teruk mereka membelasah Tuan Guru Hj. Hadi Awang sejurus selesai muktamar tempoh lalu , kemudian Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula diasak oleh mereka menjelang pilihanraya Manek Urai dan kini mereka mensasarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula yang dilabel sebagai pengkhianat bangsa melayu .4. Pertamanya saya mahu tegaskan bahawa UMNO dan BN sewajarnya mencontohi Pakatan Rakyat bukan memusuhinya. Wujud perselisihan faham namun bijak mengatasinya . Tercetus masaalah dalaman tetapi cepat menanganinya . Ada kelemahan tetapi konsisten untuk memperbaikinya . Timbul kritikan dan cemuhan namun teguh dan tegas mempertahankan prinsip perjuangan .5. Kedua : Saya menggesa supaya UMNO dan BN ambil langkah serupa di negeri - negeri yang diperintah dan ditadbir oleh mereka seperti apa yang dilakukan oleh Selangor malah ianya telah lama dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dalam mengawal penjualan arak khususnya di kawasan - kawasan majoriti muslim . Islam tidak campur tangan berkait kes arak dalam lingkaran non muslim yang agamanya membenarkan mereka meminum minuman beralkohol itu . Tetapi tegas agar ia tidak melewati sempadan masyarakat muslim justeru agama Islam mengharamkan penganutnya membeli , menjual , mempamer , memproses dan meminum arak .6. Ketiga : Saya mendesak agar UMNO dan BN jangan hanya bising isu Arak dan isu penghinaan terhadap Islam [ tanpa saya menafikan ia juga satu isu yang besar ] tetapi juga mesti memandang kepada isu - isu yang lain di mana ia turut mencabar kesucian Islam dan menghiris perasaan ummat Islam sementara mereka adalah kerajaan yang memerintah negara ini . Sebagai contoh mudah , Utusan Malaysia menyiarkan isu penghinaan terhadap Islam di muka hadapannya tetapi memuatkan keputusan sport TOTO , Magnum dan Horoskop dibahagian belakangnya . Ini satu persendaan . Akhirnya orang kata UMNO mempersendakan Islam.7 . Keempat : Hentikan segala serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat . Apalagi serangan itu tidak berasas dan hanya bertolak dari sentimen perbedaan ideologi politik . Tindakan UMNO dan BN bukan hanya menampakkan mereka sangat terdesak tetapi juga jelas kehabisan idea dan tidak mempunyai kredebiliti yang hebat dalam menghadapi saingan politik . Serangan kepada peribadi hanya akan berkesan apabila ia benar - benar berdiri di atas bukti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang kukuh .8. Kelima : Sampai masanya UMNO dan BN merombak segala dasar perjuangannya yang jelas bertentangan dengan Islam dan akhirnya mengheret UMNO dan BN terus hanyut dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam . Apabila UMNO dan BN berada dalam satu frame yang salah bagaimana mereka mahu membetulkan orang lain sekalipun orang lain juga berkemungkinan melakukan kesalahan .9. Saya mengharapkan kepada semua ummat Islam khasnya tokoh - tokoh agama menilai sokongan mereka terhadap UMNO dan BN dan melihat jauh ke hadapan bagaimana keupayaan UMNO dan BN mampu mempertahankan Islam dan ummatnya di masa depan atau hanya pandai buat bising bila isu timbul sekadar menangguk di air keruh seperti Khairy dan Ali Rustam dan kemudiannya lari menyembunyikan muka bila isu selesai untuk mengintai peluang menangguk buat kesekian kalinya.10. Contoh mudah saya bawa : mereka pertikaikan PAS kononnya gadai prinsip , alat DAP dan 1001 tohmahan . Tetapi alhamdulillah , dalam tempoh 2 tahun kita menerajui negeri di bawah Pakatan Rakyat ternyata banyak isu kita boleh selesaikan dengan baik biarpun bermula dengan perselisihan faham dan sebagainya . Isu terkini ialah arak yang akhirnya menyaksikan UMNO dan BN terpaksa menjilat pasir setelah menyalak sekian lama apabila PAS tegas dengan prinsip dan kerajaan Pakatan Rakyat sedia mengambil langkah perubahan yang positif .Persoalannya , 50 tahun UMNO dan BN memerintah sehingga tersergam utuh kilang arak di Selangor kenapa UMNO dan BN senyap diam membisu sejuta bahasa . Kelu lidah macam orang kena stroke . Bila Pakatan Rakyat memerintah baru 2 hari [ baca 2 tahun ] hampir terjelir lidah mereka melaung slogan kononnya mereka perihatin terhadap isu agama dan sensitif terhadap sentimen ummat Islam .Saya percaya kalau PAS memerintah Selangor sejak awal merdeka dulu , insyaallah tidak akan terbangun kilang arak sebesar itu . Kalau mereka mahu minum arak , kilang itu boleh di bina di Australia , Taiwan , Singapore atau mana - mana negeri yang tidak majoriti muslim kemudian dibeli secara terhad oleh kelompok yang agamanya membenarkan mereka meminum arak . Tapi , itu semua hanya kalau .... kalau PAS memerintah Selangor dulu :)Harapan saya satu masa nanti , negara ini akan dipimpin oleh Islam agar segala syariatnya dapat dilaksanakan dan kemudian ia akan memberi keadilan kepada semua kaum , bangsa dan agama . Islam adalah agama yang adil dan keadilan itu adalah untuk semua .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 19:08 4 comments Links to this post
Negeri PAKATAN RAKYAT Mesti Lebih Baik
2. Kemenangan adalah ujian . Apakah kemenangan itu akan menjadikan kita bersyukur lalu kita tunai amanah dan tanggungjawab dengan sejujurnya atau kita kufur dengan kita mengabaikan amanah dan menjadikan kita tidak jauh beza dari kerajaan UMNO dan BN yang berjaya ditumbangkan itu.
3. Apabila kita menentang UMNO dan bersaing dengan mereka di dalam pilihanraya ertinya paling tidak kita mahu berbeza dengan UMNO atau kita mesti menjadi lebih baik dari UMNO . Berbeza dan lebih baik dari aspek moral pemerintahan dan pentadbiran samaada politik , ekonomi mahupun sosial .
4. Justeru itu , kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun memasuki tahun kedua , mestilah mempunyai pelan besar dan jelas untuk beranjak dan bergerak jauh kehadapan untuk menjadi lebih baik dari pemerintahan UMNO dan BN sebelumnya .
5. Tentu sukar dan masih terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Rakyat berubah dalam semua perkara , tetapi Pakatan Rakyat boleh bermula dalam perkara asas yang telah dipersetujui oleh semua parti secara asasnya dan kemudian secara sistematik bergerak perlahan tetapi terancang untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan akhirnya layak serta wajar disokong oleh seluruh rakyat negara ini yang inginkan keadilan , keamanan dan kesejahteraan
6. Bermula dengan rasuah yang mesti dihapuskan secara total kerana tiada siapa yang boleh membenarkan rasuah lantaran ia adalah amalan keji yang boleh meruntuhkan tamaddun atau peradaban manusia . Kemudian bertindak tegas terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran atau pemerintahan setelah kuasa kerajaan berada di tangan . Seluruh pemimpin Pakatan Rakyat khasnya yang dipilih menjadi ADUN mestilah mempamerkan disiplin yang tinggi sebagai pemerintah , pengurus dan pentadbir kerajaan
7. Seterusnya , langkah cepat dan pantas mesti dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah mengekang pertumbuhan negatif dalam gejala sosial hari ini . Kerana , apabila kita menjadi kerajaan , maka politik bukan lagi segala - galanya tetapi juga mesti dilihat kepada kebajikan dan kawalan sosial agar rakyat tidak terjebak dan terdedah kepada risiko yang kelak tidak lagi mampu dibendung .
8. Pertumbuhan negatif pada sosial dan budaya masyarakat hari ini mencetus suasana tidak aman dan meletakkan rakyat rasa terancam ekoran jenayah , rompakan , ragut , rogol , seks bebas , pecah rumah , gengsterisme , perasugut dan 1001 penyakit yang berurutan dari pertumbuhan tersebut .
9. Ianya mesti ditangani secara bijak dan serius oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sekurang - kurangnya melalui dua usaha bersepadu .
Pertama : Pendidikan Minda Rakyat . Lakukannya secara terancang dan jujur serta bersungguh . Selain wujudnya institusi pendidikan secara langsung seperti sekolah , kolej dan universiti , kerjaan Pakatan Rakyat memerlukan satu institusi tidak langsung yang mampu turun dan serap ke segenap minda anggota masyarakat . Agar mereka menjadi rakyat yang benar - benar bertamaddun , bestari , tinggi moral , berintegriti dan maju .
Kedua : Penguatkuasaan peraturan atau undang - undang . Tentu sahaja terdapat mereka yang sukar dibentuk dan didisiplinkan melalui pendidikan , sebalik mereka perlu peraturan untuk mengekang kemahuan mereka yang salah sekaligus mendisiplinkan mereka . Pastikan segala punca yang mencetus minda dan jiwa salah [ kotor dan bhatil ] dalam diri masyarakat dapat disekat dan dihapuskan .
10. Sudah menjadi tanggungjawab pemerintah yang diberi mandat untuk memastikan segala kefasadan dan kemungkaran tidak berleluasa justeru ia merosakkan aqal budi , jiwa naluri dan peri laku seorang insan yang sepatutnya membesar dan dewasa dengan nilai fitrah yang suci .
Kefasadan dan kemungkaran yang membawa kepada kerosakan kepada aqal , jiwa dan akhlak tidak terhenti setakat arak atau minuman keras sahaja . Tetapi juga judi dengan segala jenisnya , kelab malam dengan segala bentuk operasi tidak bermoralnya , saloon dan rumah - rumah urut yang menawarkan khidmat seks atau perlakuan tidak bermoral , penjualan VCD lucah dan separa lucah yang beroperasi bebas , konsert artis yang keterlaluan dan pergaulan bebas serta penghamilan anak di luar nikah yang semakin rutin dan diterima sebagai hak individu dalam masyarakat .
Kerajaan Pakatan Rakyat dengan segala keupayaan dan kuasa yang dimiliki biarpun terhad , mestilah menggunakannya semaksima mungkin kuasa yang ada demi melahirkan sebuah negeri [ atau negara kelak - insyaallah ] bimbingan Pakatan Rakyat yang benar - benar berbeza malah jauh lebih baik dari kerajaan UMNO dan BN . Jangan nanti kita hanya berbeza pada nama sahaja . Mereka UMNO dan BN sementara kita ialah Pakatan Rakyat !
Nota Tambah :
1. Judi : hanya menjadikan rakyat hilang daya berdikari . hanya bergantung nasib pada daun terup atau buah dadu dan sebagainya . Kalah judi membawa kepada hutang dan perasugut untuk mendapatkan wang . Seringkali keluarga terabai malah terhimpit ditengah - tengah kesempitan hidup yang sengaja dicipta lalu mereka mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Selain agama mengharamkannya [ tiada agama yang menghalalkannya ] , ia adalah jenayah ekonomi dan sosial yang meruntuhkan peradaban manusia dan menjadi amalan mereka yang tidak beragama .
2. Arak : Menghilangkan aqal , sedang kemulian manusia terletak kepada kecerdasan dan kepintaran aqalnya .Aqal yang hilang dan rosak hanyalah menyamatarafkannya dengan binatang yang tidak berhak memiliki tamaddun apalagi menguasai sebuah kerajaan dan pemerintahan . Bagaimana mereka mahu memimpin insan yang beraqal demi menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kestabilan politik negara kalau mereka sendiri hilang [ tiada ] aqal . Hilang aqal atau mabuk boleh mencetus tindakan luar kawal dan dari sini jenayah selalu terjadi . Kalau memandu kereta sahaja dikira salah kerana mabuk apakah memandu dan memimpin rakyat tidak salah apabila mabuk [ hilang aqal ] justeru itu hapuskan arak .
3. Kelab Malam dan Pusat Hiburan : Ia adalah pusat nafsu bermaharaja lela . Inilah tempatnya di mana pil ectasy , syabu dan segala nama lain bagi dadah , arak membuih , tarian lucah serta berpelukan dan bertelanjangan sehingga ke awal pagi dalam sebuah kelab malah semua aktivitinya adalah aktiviti yang tidak bermoral . Layan nafsu dan curang terhadap rumahtangga . Malah mengeksplotasi wanita untuk menjadi alat pemuas nafsu lelaki jalang . Hilang maruah dan harga diri dijual dan dilacurkan demi sebuah kepuasan tanpa had.
4. Pergaulan dan Seks bebas : Menuju ke arah free sex dan melahirkan sebuah masyarakat yang tidak bermoral . Institusi kekeluargaan kian runtuh dan maruah diri menjadi rendah dan tergadai . Tiadalah kasih sayang justeru mereka bebas bergaul dan lebih cemar dunia ini apabila lahirnya anak tanpa bapa yang sah [ di luar nikah ] . Percubaan untuk menghalalkan kehamilan luar nikah adalah usaha dan percubaan yang tidak rasional dan bermoral . Selain bercanggah dengan agama , ia melambangkan peribadi yang tidak ada akhlak dan asas moral yang murni malah lebih ketara ialah bercanggah dengan adab dan adat ketimuran . Kalau pun tidak muslim , kita kan orang timur !
5. Konsert Artis yang Keterlaluan dan VCD Lucah : Hiburan tidaklah salah , tetapi yang salahnya ialah keterlaluan . Artis yang tampil dengan pendedahan aurat yang ketara , pula berpakaian seksi dan merangsang nafsu liar . Membina minda yang songsang dikalangan anak - anak muda yang memuja mereka sebagai artis . Begitulah juga kesan VCD lucah yang semakin berlambakan tanpa kawalan dan pembenterasan yang berkesan . Menjadikan rakyat beransur - ansur rasuk pemikiran kuning dan lucah .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 09:50 3 comments Links to this post
Khairy Menolak Lagi....
2. Kemudiannya saya bertanyakan tarikh dan tajuk . Saya dimaklumkan bahawa taraikhnya ialah 13 hb Ogos ini dan tajuknya pula : Rasuah dan Masa Depan Negara : Perana Pemimpin Politik Muda
3. Malangnya , semalam saya dimaklumkan oleh pihak Gerak bahawa debat itu terpaksa dibatalkan kerana Khairy Jamaludin menolak penyertaannya .
4. Ini adalah kali ke 6 Khairy menolak debat antara saya dengan beliau . Nampaknya Wacana Ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS pun telah menemui jalan - jalan buntu .
5. Khairy membuat kenyataan akhbar bahawa beliau ingin terlebih dahulu bertemu 4 mata dengan saya dan ingin mengetahui apa sebenarnya tujuan saya mahu mengadakan wacana ilmiah tersebut .
6. Agak melucukan sikap Khairy ini . Apa yang membuatkan beliau payah faham atau sengaja buat - buat tak faham . Surat rasmi telah dihantar dan butiran yang termaktub di surat itu juga jelas . Kalau beliau masih juga tidak memahami dan mahu memahami apa yang saya mahu dan fikirkan mengenai wacana tersebut , sila move dan kita bertemu dalam wacana kelak . Insyaallah , di situ Khairy akan faham !
7 . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , isu beliau nak bertemu saya 4 mata terlebih dahulu adalah tidak berbangkit kerana sepatutnya beliau terlebih dahulu boleh menyambut dan menerima kehadhiran saya di parlimen tempohari [ sewaktu saya menghantar surat rasmi untuk mengajak pemuda UMNO berwacana ] jika benar beliau mahu bertemu dengan saya . Tetapi kenapa beliau hanya menghantar naibnya Dato' Razali pada waktu itu . Sekarang , mulalah rindu nak berjumpa saya :)
8. Malang bagi UMNO yang hanya tahu bagaimana bertindak dengan menggunakan kekerasan tetapi gagal untuk berhujjah dengan menggunakan kekuatan minda dan kebenaran fakta dan juga ketulenan nas yang diwahyukan Allah swt .
9. Kekerasan itu pula hanya memperalatkan pihak Polis Raja Di Malaysia . UMNO tidak juga berani untuk bertindak sendiri biarpun sering digembar gembur bahawa mereka mempunyai skuad pemuda lasak laa , skuad ala komando laa .... UMNO .. UMNO .... macam pendekar Mustar !
10. Cuma apa yang saya boleh sebut di sini , Pemuda PAS bersedia untuk bermain dalam apa jua bentuk games . UMNO nak berhujjah , kita bersedia untuk berhujjah . UMNO nak guna komandonya .... ehem... Pemuda PAS insyaallah tidak akan berundur biarpun 1 mm .
Erm... macam mana tu UMNO ? agak - agak nak main games mana tuh ?
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 12:20 4 comments Links to this post
Selasa, 11 Ogos 2009
Mengapa 95% Melayu Yang Turun Demonstrasi Mansuh ISA?
Adakah media perdana di negara kita ini melaporkan berita yang sebenar2nya atau memihak kepada Parti pemerintah? Tak payah cakap..semua orang dah tau benda ni.Media tidak memaparkan kebenaran untuk sajian rakyat marhaen.Baik Utusan Meloya,Berita Hairan atau TV3 suku semuanya mahu menipu rakyat.Sedarkah mereka bahawa tindakan mereka ini menambahkan kebencian & kemarahan rakyat kepada UMNO-BN?
Ana sendiri menyaksikan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum membanjiri perhimpunan ini.Melayu,Cina,India & lain2 kaum menyatakan suara mereka kepada pemerintah tentang zalimnya ISA.Kenapa ISA masih dikekalkan di negara kita ini?Sedangkan Tun Abdul Razak sendiri pernah menyatakan bahawa ISA diwujudkan untuk menyekat kemaraan pihak komunis pada masa itu.
Berbalik pada persoalan Mengapa 95% Melayu yang turun berdemonstrasi pada 1 Ogos?Ana nak bawakan satu perbualan bersama sahabat2 ana dari kalangan penyokong UMNO-BN@Penyokong ISA.Ana duduk berbual di kedai kopi pada 3 Ogos semata-mata untuk memaklumkan kepada mereka yang tidak menghadirkan diri menyokong Demonstrasi ini.Sahabat ana memberitahu kenapa 95% melayu yang hadir? mana cina,mana india?DAP&PKR tak turun demonstrasi,PAS jadi tunggangan DAP & PKR?Melayu yang turun demo adalah melayu yang bodoh,yang dipergunakan oleh Cina & India.Itu yang sahabat ana bagitau ana.Ini masalahnya bila bercakap dengan orang yang dah berkarat dengan slogan DULU,KINI&SELAMANYA UM NO!!! yang kononnya memperjuangkan masa depan melayu.
Perjuangkan masa depan melayu?? hampir 52 tahun negara merdeka,dimana kedudukan orang melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO?Kalau betul diperjuangkan melayu,kita dah menguasai pelbagai bidang di Malaysia ini.Bidang mana yang melayu kuasai?Nak kata ekonomi dikuasai melayu?Bidang pendidikan?jauh panggang dari api... Kaum mana yang paling ramai dalam paras kemiskinan? Yang ini ana tau,dah tentu melayu yang menjuarainya.
95% melayu yang berdemo,banyak sebabnya.
1) Dalam tahanan ISA sekarang,kalau nak dikira kaum mana yang paling ramai menginap kat Kem Kamunting tu dah tentu melayu yang paling ramai.Sampai ada yang ditahan dah mencecah 7-8 tahun tanpa mereka tahu apa kesalahan mereka..tanpa didakwa & dibicarakan di mahkamah,tanpa diberi peluang membela diri.Kesannya zalim terhadap tahanan itu sendiri,zalim terhadap anak isteri mereka.Keluarga yang terpaksa ditinggalkan hidup dalam tekanan emosi dan sara hidup.Fikirkanlah..cuba seketika kalian letakkan diri kalian di tempat mereka.
2) Bila kita sebut melayu di Malaysia ini,ramai yang maklum asal melayu je agamanya dah tentu Islam.Dalam Undang2 & Pentadbiran Islam,tidak ada individu yang boleh ditahan sesuka hati tanpa dibawa kemuka pengadilan.Apatah lagi ditahan mereka itu tanpa diberi kesempatan untuk membela diri.Sudah tentu tindakan tahanan ISA ini menzalimi manusia.Kita tiada hak untuk menzalimi sesama makhluk apatah lagi terhadap manusia.Islam tidak membezakan warna kulit,keturunan,pangkat ataupun anutan agama.Semuanya TAK BOLEH DIZALIMI...
3) Bila pihak polis&FRU dikerahkan untuk mengganas terhadap rakyat marhaen,kita lihat siapa kepalanya?PM melayu...Menteri Dalam Negeri melayu...Ketua Polis Negara melayu...Majoriti anggota polis&FRU yang dikerahkan untuk mengganas itu pun melayu.Jadi wajar tak kalau yang turun demo tu pun melayu sebab yang tunjuk kurang ajar pada rakyat Malaysia ini pun di kalangan melayu juga...
4) Kita imbau ketika demonstrasi untuk menentang Malayan Union dulu..SIAPA PELOPORNYA?MELAYU..Demo tu sape yang lead?ha...UMNO atau dalam singkatan BAHASA MELAYUnya PERKEMBAR yang lead.Yang akhirnya menghasilkan kejayaan menghancurkan Malayan Union.Jadi,trend demo ni dimulakan oleh melayu..tak salah melayu yang yang ramai turun demo..
Melayu yang turun demo itu tak bodoh,tak mudah diperkudakan oleh pihak lain..mempunyai jatidiri,tidak buta hati..tahu membezakan kebenaran dengan kebatilan..dan yang paling jelas melayu ini mempunyai kefahaman & penghayatan Islam yang tinggi..ISLAM ITU MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM (UNIVERSAL)
Yang tak turun demo tu yang penakut,tak berani berhadapan dengan gas pemedih mata & pancutan air..yang dah lama dibuai dengan kesenangan & kemewahan..dan yang jelas mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
Untuk renungan kita semua..
Hari ini kezaliman ISA tidak kena pada diri kita..
Tidak kena pada keluarga kita..
Tidak kena pada kawan2 rapat kita..
Yang kita nampak,kena pada orang lain..
Yang dimomokan tentang kononnya kegiatan mereka yang mengancam keselamatan negara..
Kita mempercayainya..bahana adu domba media tunggangan pemerintah..
Kita tak kisah sebab bagi kita memang patut kena pada mereka..
Tak ada kena mengena dengan kita..
Takdir ALLAH..
Kalau suatu hari nanti..
Kezaliman ISA bertandang tanpa diundang pada kita..
Bertandang tanpa diundang pada keluarga kita..
Bertandang tanpa diundang pada kawan2 rapat kita..
Yang satu masa dulu,bertandang pada orang lain..
Yang dulu mereka dimomokkan kononnya mengancam keselamatan negara..
Kini kita pula yang dituduh menggugat keselamatan negara..
Kita tahu diri kita..
Kita kenal kaum keluarga kita..
Kita kenal sahabat2 kita..
Kita tahu,kita..keluarga kita..sahabat kita..
Tidak pernah menggugat keselamatan negara..
Akhirnya kita ditahan untuk dizalimi..
Dizalimi kepada isteri&anak2 kita..
Dizalimi kepada sahabat2 kita..
Apa perasaan kita??
Ketika itu baru kita sedar betapa zalimnya ISA..
Betapa kejamnya ISA..
Betapa jelasnya kebobrokan pemerintah selama ini..
Mungkin masa itu..
Kita telah terlambat..
Menggadaikan nasib generasi kita akan datang..
Oleh itu,sedarlah kita..
Kita mencari keamanan..
Kita mencari keadilan..
Kita mencari ketelusan..
Untuk ditegakkan di negara Malaysia yang tercinta..
Untuk kita..Untuk generasi kita..
DAN..UNTUK SEMUA.......
TAKBIR...3 X
TSUNAMI HIJAU
Hikmah Di Sebalik Keputusan PRK Manek Urai
Cuba kita perhatikan, jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS & BN:
PAS : 5348 UNDI
BN : 5283 UNDI
PAS menang dengan majoriti tipis 65 undi.
Ada pihak yang mengatakan majoriti undi PAS merosot.Tetapi,sedarkah kita bahawa daripada angka2 yang dipaparkan di atas ada hikmahnya. Mari kita renungkan sejenak wahai umat Islam.
Maksud tersirat angka 5348 & 5283 =
Angka 5 - 5 Rukun Islam iaitu 1)Mengucap 2 kalimah syahadah 2)sembahyang 5 waktu 3)puasa di bulan Ramadhan 4)Menunaikan Zakat 5)Menunaikan Haji ke Baitullah.
Angka 3 - 1)Islam 2)Iman 3)Ikhsan
Angka 4 - 1)Siddiq 2)Amanah 3)Tabligh 4)Fatonah
Angka 8 - Jumlah pintu syurga
Angka 2 - 2 kalimah syahadat "AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH,DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"
Maksud angka jumlah majoriti 65 undi:
Angka 6 - 6 Rukun Iman 1)Beriman kepada Allah 2)Beriman kepada Malaikat 3)Beriman kepada Rasul 4)Beriman kepada Kitab 5)Beriman kepada Hari Kiamat 6)Beriman kepada Qada' & Qadar.
Angka 5 - 5 Rukun Islam.
Jelas,PAS memperjuangkan dasar untuk menegakkan negara Islam yang sebenarnya berlandaskan Al Quran dan Hadis.UMNO pula mendakwa dasar mereka memperjuangkan melayu dan Islam.
Dari keputusan PRK Manek Urai,dapat dirungkaikan bahawa dengan memperjuangkan Islam yang syumul berpandukan Al Quran dan Hadis dapat menjamin kesejahteraan ummah.Justeru amatlah diharapkan umat Islam dapat bersatu hati dengan 1 SYAHADAH untuk menegakkan AGAMA ALLAH dimuka bumi ini.
Seharusnya PAS dan UMNO bergabung(pandangan peribadi) dimana akan mewujudkan 1 parti gabungan baru yang diberi nama PASUM.Ia membawa maksud:
P - Pakatan
A - Akrab
S - Silaturrahim
U - Umat
M - Muslimin ( bukan melayu)
Perjuangan pakatan gabungan ini jelas tidak mempunyai dasar perkauman ( asabiyah ) sebaliknya memperjuangkan Islam untuk ditegakkan di negara kita.Perjuangan yang benar2 mendaulatkan Islam dimuka bumi ini berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.Politik dan Agama itu adalah Satu.Jika politik itu adalah kotor,yang membersihkan politik yang kotor ini adalah POLITIK ISLAM.Politik Islam mengajar cara kehidupan berpandukan ajaran Islam(AL QURAN) yang pastinya membawa umat manusia ke jalan yang diredhai Allah.
Apabila PAS&UMNO bergabung menjadi PASUM, maka akan tercicirlah perkataan NO. Perkataan NO membawa maksud:
NO to Corruption
NO to PPSMI
NO to ISA
Apa yang perlu kita fikirkan adalah mewujudkan negara yang ditadbir dengan penuh keadilan,ketelusan dan berkebajikan yang membawa kepada kesejahteraan rakyat.
TSUNAMI HIJAU
CORETAN PENGALAMAN BERSAMA GMI DALAM HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009
Perjalanan ke Stesen KL dirasakan cukup menghiburkan walaupun menyedari betapa serangan gas pemedih mata & Water Canon telah bersedia membedil kami pada sebelah petang nanti.
Dalam perjalanan,ana menerima sms 20 orang 'bakal' demonstran ditahan oleh anjing2 tunggangan UMNO-BN.Ana menjelaskan perkataan 'bakal' itu kerana demonstrasi belum bermula tetapi tangkapan telah dilakukan. Atas kesalahan apakah demonstran itu ditahan??Ana mula tak paham dengan negara Malaysia ini yang mahu dijadikan seumpama negara polis.
Jam 11.45 pagi, kami tiba di stesen KL.Kami lihat 'Black Maria' telah menanti dihadapan Masjid Negara menunggu para pejuang rakyat untuk dihumban hina ke dalam tahanan polis.Anggota Polis berpakaian seragam telah masuk ke Stesen KL untuk menahan setiap individu yang memakai baju hitam dan merah..ikut suka die je nak tahan.Kami berjaya mengelakkan diri dari ditahan sebelum demonstrasi bermula.
Sekitar Masjid Negara terutama dihadapan pintu masuk masjid,anggota polis mengawal ketat setiap individu yang masuk ke masjid.Ape punye teruk..orang nak sembahyang pun susah nak dihalang-halang.Beberapa tangkapan dibuat dihadapan Masjid Negara.Apa yang Ana lihat,individu yang ditahan membawa atau memakai baju yang berkaitan dengan suara hati rakyat marhaen yang mahukan akta zalim ini dimansuhkan.Ana pelik negara kita ni.kalau pakai baju gambar tengkorak ke,gambar perempuan separa bogel ke boleh pulak??Tiba2 lambang yang memaparkan kehendak hati rakyat jadi kesalahan.Tak paham...Inilah bahananya bila ditanam dalam fikiran bahawa agama itu lain,politik itu lain.Betul2 fahaman sekular.
Selepas solat Zohor,kami(demonstran GMI) bergerak menuju ke Istana Negara.Komander perarakan ini diketuai oleh Dr Hatta Ramli.Perancangan asal laluan perarakan telah terbantut apabila jalan menuju ke Istana Negara telah ditutup ole pihak polis.Alternatif diambil untuk mengubah laluan untuk menuju ke Sogo bagi bergabung dengan perakan dari Sogo.Ketika ini, keganasan pihak polis telah bermula apabila mula mukul dan membelasah demonstran.Dr Hatta sendiri hampir ditahan.Mujur sahabat2 pejuang berjaya mempertahankan Komander kami ini.
Perarakan diteruskan melalui flyover berdekatan dengan Bank Negara.Di sinilah bermulanya,serangan gas pemedih mata dan Water canon dilancarkan.Kami berlari menyelamatkan diri dari serangan yang kejam ini.Gas pemedih mata cukup memeritkan kami.Begitu juga dengan serangan Water Canon yang berisi air kimia.
Dalam keadaan huru hara yang sebenarnya dilakukan oleh pihak polis itu,rupa-rupanya kami telah terkepung oleh jentera haram jadah UMNO-BN ini.Ana sendiri telah melarikan diri memanjat bukit yang berhampiran dengan tanpa disedari terletaknya Bukit Aman.Panjat punya panjat baru tersedar..ni bukan nak selamatkan diri,tapi menyerah diri.
Bila keadaan mula reda,kami berkumpul di atas jalan sambil menadah tangan memohon bantuan Ilahi agar dihancurkan golongan zalim ini.Selesai berdoa,Dr Mujahid Yusuf Rawa telah mengimamkan solat hajat di atas jalanraya.Secara spontan,ramai demonstran yang menjadi makmum solat hajat itu.
Pada rakaat terakhir solat hajat,jentera FRU telah mula menghampiri gerombolan manusia yang sedang bersolat sambil melepaskan tembakan gas pemedih mata.Serangan gas pemedih mata ini betul2 ditujukan kepada jemaah yang sedang bersolat.Lihatlah dan renungkanlah..Apakah bezanya serangan ini dengan serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis di Palestin??Yang ana nampak,bezanya hanya jenis peluru je..yang lain tu dah sama sangat dah.Bertempiaran lari kami menyelamatkan diri dari serangan kali ini.Dalam keadaan yang genting,pihak polis telah menyerang dengan lebih ganas dan melakukan tangkapan kepada demonstran.Kami tidak ada pilihan apabila serangan Water Canon dilakukan.kami memasuki bangunan Royal selangor Club untuk mencari tempat perlindungan.
Ketika ini,serangan gas dan pancutan air kimia semakin galak bermaharajalela menghambat rakyat yang tidak berdosa.Tanpa belas kasihan,pihak polis yang seumpama hilang akal ini telah menyerang ganas tidak kira lelaki,perempuan,tua,muda,yang sihat mahu pun sakit.lama kami berlindung di sini sehingga bebrapa anggota polis yang berkawal di Dataran Merdeka memberi arahan/tunjuk arah kepada demonstran untuk bersurai dengan selamat.
Beberapa demonstran mengikut arahan itu.Rupa-rupanya,apabila keluar sahaja dari Royal Selangor Club sambil mengibarkan kibaran putih serangan gas dan pancutan air kembali bertamu.Kami menggelupur lari sekali lagi.Nampak sangat sudah menjadi kegilaan pihak polis yang ditunggangi oleh pemerintah untuk menjadikan rakyat ini sebagai belasahan dengan boleh diperlakukan sesuka hati.
Kira-kira 3.30 petang,ana dan beberapa orang sahabat bergerak menuju ke Masjid Negara untuk bersurai secara aman.Sahabat lain yang hadir beramai-ramai telah terpisah akibat kekecohan yang berlaku.Kami menuju ke Stesen KL untuk berkumpul sementara menanti sahabat2 yang terpisah tadi.Kira2 jam 4.30 petang,kami bergerak pulang.
Dalam perjalanan pulang itu( 5.30 petang ),kami dikejutkan dengan berita penahanan 5 orang sahabat kami ketika perhimpunan aman ini telah pun bersurai.Penahanan yang tidak masuk dek akal.Atas kesalahan apa??
Penahanan seramai 589 orang jelas menunjukkan bahawa pemimpin UMNO-BN terlalu tamakkan kuasa dan menjaga kepentingan politik mereka.Semua jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan UMNO-BN.Tidakkah mereka sedar,apa yang ada pada mereka itu adalah amanah besar dari ALLAH SWT yang harus dipikul dengan penuh hemah dan bertamadun.Ingatlah segala amanah ALLAH ini akan dipersoalkan dihadapan RABBUL JALIL untuk diadili dengan seadil2nya.
Mahkamah dunia boleh dipermainkan&dipengaruhi untuk kepentingan masing2.Tetapi,MAHKAMAH ALLAH tiada siapa yang dapat lari dari pengadilan yang seadil2nya.Mulut akan dipateri..ketika itu anggota badan kamu yang membuat kejahatan,kezaliman dan kekejaman akan membongkarkan segala perbuatan di atas dunia.
SELAMATKAN MALAYSIA KITA..BERLANDASKAN HUKUM ISLAM YANG SYUMUL..TEGAKKAN KEADILAN..PENUH KEBAJIKAN..MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!
TSUNAMI HIJAU
Isu Arak: Kenyataan Akhbar PAS Selangor
Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor
PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional.
Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini.
Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.
Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.
Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.
PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar sendiri atau mana-mana EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.
Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau “self regulation” terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
10 Ogos 2009
YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor