Jumaat, 8 Januari 2010

HADIS : TAKWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Najih'irbadh bin Ariyah r.a berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.
Lalu Baginda pun bersabda: Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan SUNNAHKU dan SUNNAH PARA KHULAFA AR RASYIDIN AL MAHDIYIN (khalifah2 yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.

H.R ABU DAUD DAN TARMIZI

Tiada ulasan: