Rabu, 27 Januari 2010
Selasa, 19 Januari 2010
Pemimpin Harus rampas Harta Rakyat Menurut Islam?
Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.
SEJARAH PANDUAN
Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.
Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.
Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi.
[1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.
Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-
1) Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.
2) Rayuan dan rundingan bersama pemilik.
3) Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.
4) Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.
Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum"
SEBAB ITULAH ....
Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.
Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya'.
MALANGLAH...
Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?
Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.
Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.
Cium Pipi : Tegurlah Isteri PM Dahulu!!!
Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing.
Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu.
Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa.
Dalam filem Barat, aksi ranjang, telanjang tidak pelik. Filem Melayu masih dipotong. Tidak mustahil jika mungkar yang kecil tidak ditegah, ia akan menjadi mungkar lebih besar.
Benarlah Allah yang berfirman ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak menyebut ‘jangan berzina’. Bahasa al-Quran sangat tinggi. Mendalam ertinya.
Orang fasiq memang menganggap dosa kecil itu perkara remeh sahaja. Mereka memang jahil hukum, tak reti agama. Lihat sahaja jawapan Black tentang ciumannya itu kepada perempuan bukan mahram yang dianggap ibu sendiri itu.
Cara menjawab macam tak pernah masuk KAFA langsung. (Bagi yang jahil, KAFA tu bukannya Kedah Football Association tapi kelas fardhu ain, tau!)
Islam mengajar kita supaya bencikan kufur, fasiq dan dosa. Cium pipi itu ialah perkara fasiq dan dosa. Bukan soal jaga tepi kain orang, tetapi mencegah mungkar mesti dilakukan.
Apa yang dibuat oleh Black pun bukan baru. Rosmah Mansur, wanita pertama Malaysia sendiri pernah melagakan pipinya kepada pipi artis Bollywood. Contoh inilah yang diambil, sedangkan pemimpin dan isteri pemimpin mesti menjadi teladan yang baik kepada anggota masyarakat lain.
Apabila mereka buat, disiarkan di media, tiada yang tegur, atau tak berani tegur. Anak muda akan kata: ‘Lihat! Isteri PM pun buat. Tak ada ulama yang tegur. Jamil Khir tak tegur. Masyitah tak tegur. Hamid Othman tak tegur.’
Saya pernah menegur tentang isu tarian 1Malaysia. Teguran demi teguran bermaksud membetulkan. Islam mengajarkan demikian.
Soal anda mahu ikut atau tidak, terpulanglah tetapi tugas menyampaikan sudah dilakukan. Saya berlepas diri dari mungkar yang dibuat oleh pemimpin dan anggota masyarakat yang fasiq.
Menteri jaga tv dan media kawallah aksi-aksi, lagak, penampilan dalam apa jua program agensi di bawah anda.
Isnin, 18 Januari 2010
ALLAH UNTUK SEMUA
Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010. Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.
Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil. Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat 60-40 atau "Mixed", kesan "senjata dua mata" atau "double-edged sword" ini tidak dapat dielakkan. Ada yang suka dan menyokong dan tentunya ada yang akan kecewa dan marah.
Namun, penulis berazam dan mahukan keputusan yang bakal dicapai adalah satu yang dirumuskan dengan segala pertanggungjawabannya. Ya betul perhitungan politik yang bijak dan waras itu penting, tetapi dasar yang berdasarkan hujjah dan sandaran Al-Quran mesti jelas dan teguh dahulu.
Penulis benar-benar menarik nafas lega dengan keputusan. Keputusan lujnah telah pun diumumkan dan tentunya penulis tak boleh menceritakan apa yang yang berlaku di sebalik dewan tertutup itu untuk hampir tiga jam. Berikut adalah penulisan secara ilmiah sebagai perkongsian untuk tatapan umum.
Kerana kekangan ruang, isu ini wajar dilihat penulis dari 2 aspek penting.
i. Perspektif Al-Quran atau Hukum dan
ii. Perspektif Pentadbiran atau Perundangan dan kalau sisi pandang PAS apa yang dikatakan sebagai perkiraan Siasah Syariah atau Siasah dari kacamata Syariah atau tegasnya kesan baikburuk mengikut pandangan Syariah.
Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa KDN salah dalam pengharaman itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Saya cuba huraikan kemudian secara ringkas.
Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah "Allah" sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama "Allah" oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.
Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?
Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.
Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Uluhiyah).
Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 : "Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?", Tentu mereka akan jawab "Allah". Katakanlah "Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".
Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat "Rububiyah"(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).
Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama "Allah" adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.
Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat "persaudaraan agama samawiyat", paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.
Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran: "....kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri".....Surah Al-Ankabut:46.
Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima "Allah", walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.
Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.
Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama "Allah", maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama "Allah" itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.
Hal ini juga dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri . Ini aspek pengurusannya atau Siyasah Syariahnya, supaya dijaga maslahahnya dan dijauhkan mafsadah atau kemudharatanya. Jelasnya begitu.
Sebenarnya, perkara itulah yang dimaksudkan dengan Perkara 11(4) dan 11(5) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya di pihak berwajib menjaga pentadbiran kebebasan bergama supaya tidak timbul huru-hara dan ketidakstabilan dan dikekalkan keharmonian. Pada waktu yang sama agama lain tidak boleh berdakwah kepada orang Islam seperti Perkara 11 (4). Ini wajib dijaga dan perlu juga peraturan. Adakan peraturan. Jangan haramkan penggunaan nama Allah, tak selesai masalah.
Sebab itu juga keputusan PAS menekankan supaya jangan ada pihak yang terlalu agresif dan melakukan provakasi sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian antara agama dan konflik antara kaum-budaya.
Itu saja. Mengapa sampai nak berperang? Mengapa sampai nak berdemonstrasi? Kata 1-Malaysia? Mengapa perlu menimbulkan kesangsian dan syak wasangka sehingga menjejaskan keharmonian antara agama? Siapa yang mempolitikkan isu ini?
Pada saya yang lebih penting dari memperjuangkan isu nama "Allah" itu, ialah memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan kepada kita ummat Islam, termasuk menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, kezaliman dll!
*Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ahad, 17 Januari 2010
BEWARE, CHECK YOUR BILL CAREFULLY B4 YOU PAY YOUR BILL
DO NOT OVERYLY PAID
Do you compare the Meter reading on section 'DAHULU' (Red circle)
with previous month?
In this case, the April bill on DAHULU section is 29128, SEMASA is
29380. After paid the bill, the problem come.... The May bill come,
the DAHULU section by right should show 29380. BUT NOW, it still show
29128 same per last month.
If we don't compare with last month, frankly, I had HAPPILY paid for
the bill and TNB had HAPPILY got the extra RM72 from me. At last, all
the TNB shareholder got smart dividend from our hard earn money.
Due to this bad service....I plan to change service provider.
Opps...there is no alternate service provider. The alternate is buy
your own generator, use candle...I guess no one will go for the
alternative service provider....
So... please check your bill and compare it month by month. Our PM
always try very hard and ! tell us we have to very SMART SPENDING &
MUST compare....... His motive is very good. Cause he knew that
something will happen and lot Giant company might use a VERY SMART
way to COLLECT Money from general public. Thanks to our great
PM......I really compare the price always.....and notice the
brilliant idea from TNB. I am not sure it is mistake? But I don't
think is human error...
Now, better part is, this is computer error. If you don't discover
this, then you pay for the EXTRA (this case, we got to pay extra
RM72.80). If you notice the problem....easy, just refund to you, BUT
do you know how time consuming and trouble to get the refund? Why
their mistake is our cost? why there is no compensation on their
mistake?
The BEST part, how many people know they are actually, happily OVER
PAID?
When TNB officially want to increase the unit price....everybody
jumping and compliant. How they going to ge! t extra and no people
complaint? This is an art....
This is the evolution of TNB billing system.....let the computer
system do the mistake....and the mistake MUST FAVOURABLE to the
company.
Come....we should proudly said : Malaysia Boleh, Cause we really
BOLEH!!
Jumaat, 15 Januari 2010
DR RANI DIALOG DENGAN GEREJA, TAWAR KHIDMAT PEMUDA PAS
KLANG, 15 Jan: Ekoran isu penggunaan nama Allah dan kejadian membakar gereja di seluruh negara, usaha merapatkan hubungan antara agama Islam dan Kristian nampaknya bergerak dari atas sampaikan ke bawah. Semalam Adun PAS dari Meru, Klang, Dr Abdul Rani Osman melawat dan berdialog dengan pemimpim gereja.
(Gambar: LAMBANG PENYATUAN...Dr Rani bersama Manikavasagam bersalam dengan Pastor Lau sebaik selesai berdialog di Gereja Glad Tidings Assembly di Kelang, semalam)
Dr Abdul Rani Osman meminta semua penganut agama jangan bimbang untuk melakukan amalan di tempat ibadat mereka masing-masing.
Dr Rani berkata inilah yang dibenarkan oleh Islam malah Perlembagaan negara juga memperuntukkan begitu kepada rakyatnya.
Perkara ini telah dibuktikan berjalan dengan baik sebelum ini sehingga ada pihak mengeruhkan keadaan.
Jika ada kebimbangan melaksanakan tuntutan agama, beliau memberi jaminan memberikan tenaga Pemuda PAS di kawasannya untuk tampil menjaga keharmonian masyarakat jika diperlukan.Beliau yang juga YDP PAS Kawasan Kapar berkata demikian ketika bercakap di dalam majlis meraikan kunjungannya di Gereja Glad Tidings Assembly dan Gereja Our Lady of Lourdes dekat sini, petang semalam.
Menurutnya, PAS menghormati kebebasan semua penganut agama selain Islam mengamalkan agama mereka kerana sikap ini telah dibuktikan oleh pemerintahan Islam sejak zaman berzaman.Dr Rani turut menyebutkan bagaimana di zaman pemerintah Khalifah Saidina Omar, Masjidil Aqsa diperintah oleh Islam di mana terdapat sebuah gereja di sebelahnya yang mana kuncinya dipegang oleh orang Islam sehingga kini.
“Sebab itulah PAS yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengutuk keras mana-mana pihak yang terlibat di dalam kejadian merosak serta membakar gereja dan kuil ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.“Saya yakin jika semua penganut agama kembali kepada ajaran mereka, nescaya masyarakat kita aman, kerana tidak ada agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan,” tegasnya.
Di Gereja Glad Tidings Assembly, rombongan Dr Rani bersama Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam disambut oleh Pastor Lau Moong Som, Pastor Mark, Setiausaha, Rebecca dan pimpinan gereja lain dalam suasana mesra dan harmoni. Begitu juga di Gereja Our Lady of Lourdes pula oleh Rev. Dr John Gnanapiragasam dan pengurus, Helen.
Kedua-dua pimpinan gereja itu mengucapkan terima kasih atas kunjungan hormat pimpinan PAS itu ke tempat ibadat mereka dan memberi jaminan mereka tidak memaksa orang lain untuk menganut agama mereka.“Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Dr Rani mempelawa kami untuk menjalin kerjasama di dalam menjaga keamanan masyarakat setempat,” tegas Lau ketika memberikan ucapan balasnya di dalam majlis berkenaan.
Sementara itu, Helen pula berkata, terdapat sukarelawan yang melakukan kerja-kerja pemantauan keselamatan gereja mereka dari berlakunya sebarang unsur negatif.Di dalam kunjungan itu juga, rombongan Dr Rani telah dibawa melawat keadaan di dalam tempat ibadat di kedua-dua gereja berkaitan.
Potong bajet 2010, sekolah di Malaysia gawat?
Dibawah ini tiga artikel dari Utusan, Berita dan Sinar Harian yang menggambarkan suasana dasar pelajaran negara yang makin gawat.
Artikel 1 – Keluhan ibu bapa akibat bajet Kementerian Pelajaran yang dipotong tahun 2010 mengganggu banyak perjalanan sekolah. (Semalam sebuah sekolah elit di Seremban diarahkan hanya boleh buka kipas di bilik darjah selepas jam 9 pagi).
Artikel 2 – Siswazah lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris sukar mendapat pekerjaan sebagai guru. (Perkara ini boleh diatasi sekiranya lebih banyak sekolah dibina dan sekolah yang sedang dibina siap mengikut jadual)
Artikel 3 – Pelajar sekolah yang yang tinggal di asrama perlu balik rumah setiap minggu untuk mengelakkan bayaran tambahan.
Apakan daya, isu lain lebih menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Malaysia.
Lagi satu sikap kita. Tak apa , anak orang yang susah , bukan anak kita.
************ *********
Artikel 1
Bantuan sekolah dipotong?
Utusan Malaysia 11 Jan 2010
DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.
Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.
Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.
Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan.
Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.
Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?
Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah.
Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBG seperti yang diumumkan oleh Guru Besar tadi. Rata-ratanya mula menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?
Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?
Saya amat yakin, hampir seluruh rakyat Malaysia akan setuju dengan pandangan saya untuk menghentikan subsidi gula jika subsidi tersebut dapat dialihkan kepada subsidi pelajaran atau pembelajaran percuma.
************ *******
Artikel 2
Graduan pendidikan UPSI kecewa kementerian utamakan guru sandaran, DPLI
Berita Harian 12 Jan 2010
SEBAGAI graduan pendidikan saya ingin berkongsi isu penempatan guru dan lambakan graduan pendidikan yang sering digembar-gemburkan.
Melihat realiti di sekolah, jumlah Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) terlalu ramai. Ketika saya menjalani praktikum di Kuala Lumpur, ada sekolah mempunyai lebih 15 GSTT.
Mereka ialah graduan yang tiada iktisas dalam bidang pendidikan iaitu tiada kemahiran dan kaedah pengajaran (pedagogi) khusus.
Mengapa mereka diberi tempat sedangkan graduan yang ada iktisas khas dalam bidang perguruan masih menunggu penempatan. Apa yang musykil, GSTT hanya diberi kontrak setahun, namun baru-baru ini (Januari 2010) ia diteruskan sehingga Disember.
Unjuran pengambilan graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) terlalu ramai. Saya ialah graduan sulung subjek Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program Pendidikan Moral di UPSI mempunyai lebih 600 mahasiswa (tahun pertama sehingga keempat).
Tahun depan hampir 100 mahasiswa tamat pengajian. Persoalannya, pada pengambilan Julai lalu, 500 graduan DPLI program Pendidikan Moral diambil Kementerian Pelajaran.
Ia mewujudkan saingan bagi junior saya, sedangkan jumlah penempatan diunjurkan sedikit. Kementerian memaklumkan hanya subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris diberi keutamaan. Justeru, pengambilan DPLI harus diunjur pada kadar munasabah.
Bukan takutkan persaingan, namun jika kita memiliki graduan khusus yang memiliki pedagogi empat tahun dalam jurusan pendidikan, mengapa 500 DPLI diberi keutamaan.
Semua DPLI adalah tajaan biasiswa kementerian, sudah tentu penempatan mereka diutamakan. Inilah persaingan sengit menjadi ‘laba’ kepada jumlah ‘lambakan’.
Daripada dua isu yang saya berikan, kementerian harus mengkaji kaedah terbaik mengenai unjuran dan penempatan. Saya menyokongnya namun agak meragukan apabila jawapan menteri hanya: “semua graduan harus bersaing untuk dapat tempat dalam bidang perguruan.”
Ini bermakna graduan institusi pengajian tinggi yang memiliki ijazah khusus dalam jurusan pendidikan harus bersaing dengan anak susuan yang terlalu ramai seperti DPLI dan GSTT yang diberi keutamaan.
Bukan niat mengagungkan graduan pendidikan atau menidakkan potensi DPLI atau GSTT, namun saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puasa hati graduan pendidikan yang memiliki ilmu pedagogi selama empat tahun.
Sudahlah gigih belajar, kini terpaksa pula bersaing dengan mereka yang hanya memiliki iktisas kurang setahun (DPLI) atau guru kontrak di sekolah (GSTT). Timbang taranya mudah, kurangkan DPLI dan GSTT bagi memberi laluan kepada graduan pendidikan.
HAIRUL FAIEZI
LOKMAN,
Graduan Pendidikan Moral, UPSI 2005-2009.
http://www.bharian.com.my/
************ ********* ********
Artikel 3
Runding elak keliru yuran makanan
Sinar Harian 12 Jan 2010
PERTANG – Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak ke asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara mempamerkan reaksi berbeza berhubung bayaran yuran makan asrama.
Penjaga yang ditemui, Roslilawati Baharom, 36, dari Taman Desaru, Seremban berkata, dia kurang faham mengenai isu tersebut dan memohon pihak sekolah dapat berunding dengan ibu bapa secepat mungkin bagi memastikan masalah itu tidak semakin teruk.
Menurutnya, bayaran yang dikenakan agak tinggi berbanding sebelumnya tetapi ia tidak menjejaskan pembelajaran anaknya kerana perkara yang paling penting ialah anak-anaknya berpeluang mendisiplinkan diri ketika melalui kehidupan di asrama.
“Bagaimanapun, saya berharap supaya masalah peningkatan bayaran makan asrama ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk belajar lebih rajin kerana bukan mudah ibu bapa dapat mengumpul duit memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna,” katanya.
Dia berkata demikian ke:tika ditemui pada Majlis Penutup Minggu Silaturahim Asrama 2010 di Dewan Seri Purnama Sekolah Kebangsaan Petaseh (Berasrama).
Kamariah Jaffar, 40, dari Taman Sikamat Utama, Seremban, pula berkata, jika dilihat secara positif, bayaran yuran makan asrama yang dikenakan relevan kerana jika dihitung bayaran anak-anak yang tinggal di luar asrama lebih besar berbanding RM3 sehari yang dikenakan.
“Paling penting sejauh mana anak-anak mampu berdikari dalam menguruskan kehidupannya sendiri di asrama bersama-sama rakan lain untuk membentuk sahsiah diri unggul sebagai pelapis modal insan kepimpinan negara,” katanya.
Sementara itu, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, Anuar Esa berkata, beliau berharap ibu bapa atau penjaga dapat berunding segera dengan pihak sekolah berkaitan isu bayaran yuran makan asrama anak-anak dan tidak perlu membuat aduan di Pejabat Pelajaran Daerah kerana isu itu sudah diumumkan terlebih dahulu.
Beliau yakin ibu bapa boleh bertanggungjawab untuk menjemput anak masing-masing setiap minggu dan sekiranya mereka berkeinginan menempatkan anak-anak di sekolah asrama melebihi hari yang ditetapkan, bayaran bakal dikenakan kerana pihak sekolah tidak dapat menampung bayaran tersebut.
Khamis, 14 Januari 2010
HADIS : ISLAM KEMBALI DAGANG
H.R MUSLIM
HADIS : SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka"
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati-hati musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ' Wahan '.
Seorang sahabat bertanya: " Apakah Wahan itu ya Rasulullah? "
Nabi menjawab: " Cinta pada dunia dan takut pada mati "
H.R ABU DAUD
Isnin, 11 Januari 2010
KENYATAAN MEDIA : ISU BAKAR GEREJA & PROVOKATOR
Seperti yang telah kami nyatakan melalui kenyataan media Ketua Penerangan kami, bahawa mungkin akan ada tindakan susulan dari pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tindakan jahat keatas masjid dan surau pula bagi memberi gambaran bahawa adanya serang balas oleh pihak yang diserang.
Sama ada kejadian di Surau Taman Menara Maju, Kg Jawa, Klang subuh semalam merupakan tindakbalas penganut agama lain atau angkara provokasi yang terancang atau tindakan orang mabuk dan sebagainya, yang perlu kita ambil pendirian bersama ialah jangan kerana sedikit cetusan yang dibuat oleh perseorangan atau sekelompok kecil manusia yang primitif menyebabkan kita melenting lalu bertindak melulu dengan cara yang sama.
Jangan kerana seorang yang berlainan bangsa melakukan suatu bentuk onar maka kita terus menghukum semua bangsa tersebut sebagai pengkhianat lalu menghalalkan tindakan-tindakan yang dilarang oleh agama terhadap bangsa yang berlainan dengan kita itu.
Cubaan membangkitkan kekacauan antara agama adalah suatu tindakan yang sangat jahat kerana kesannya mungkin akan menyamai kesan kekacauan tragedi 13 Mei 1969.
Kami menyeru semua rakyat Malaysia tak mengira agama dan bangsa untuk tidak terpengaruh dengan taktik kotor sebahagian ‘rasis’ yang memulakan api permusuhan kaum dengan agenda yang tidak diketahui.
Ingatlah bahawa kelahiran anda sebagai bangsa apa pun bukanlah atas kehendak anda sendiri tetapi telah ditakdirkan Allah sejak azali lagi. Tidak ada seorang pun yang pernah mengisi borang permohonan untuk lahir sebagai laki-laki atau perempuan atau untuk lahir sebagai melayu, cina, india, inggeris dan sebagainya.
Marilah kita bersama-sama menanggani segala perselisihan dengan cara yang penuh baik dan rasional sebagai sebuah bangsa yang merdeka dari sebarang bentuk jajahan minda.
Allah menegaskan dalam Al-Quran, “orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa”, tanpa mengira bangsa dan keturunan.
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR.10 JANUARI 2010
Chua Jui Meng Ajak Rakyat Tumbangkan BN
Kemudian sebagai Menteri Kesihatan pada tahun 1995.Pada 1 Julai 2005 Chua mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan Presiden MCA menentang Dato' Seri Ong Ka Ting. Pada 2008 beliau sekali lagi bertanding menentang Dato' Seri Ong Tee Keat tetapi tewas.
Pada 18 Julai 2009, Chua keluar dari MCA untuk menyertai Parti KeADILAN Rakyat. Beliau kini dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan.
Berikut adalah wawancara esklusif antara Harakah bekas Menteri Kesihatan itu di kediamannya, di Bukit Damansara, baru-baru ini.
Harakah : Boleh Dato' ceritakan mengenai latar belakang penglibatan dalam politik?
Chua Jui Meng : Latar belakang politik saya bermula pada tahun 1969 sehari selepas peristiwa 13 Mei. Pada masa itu saya bekerja di London sebagai buruh di sana. Saya tidak dapat Biasiswa untuk membiayai pengajian Undang-undang pada masa itu. Saya tiada wang walaupun keputusan (peperiksaan) saya boleh tahan tapi tak boleh masuk ke universiti tempatan di Malaysia, terpaksa ke luar negara.Terpaksa bekerja sebagai buruh, sebagai waiter dan potter sepanjang lima tahun untuk membiayai pendidikan saya di sana. Itu satu pengalaman yang baik oleh kerana itu saya faham kesusahan orang biasa tak kira apa bangsa.Pada masa itu selepas Mei 13 1969 (yang berlaku di Malaysia), dalam televisyen ada ditayangkan di London, masa itu ada rusuhan berlaku di Malaysia, ada orang mati, kedai di Kuala Lumpur dibakar.Ada dua orang Melayu yang kawan dengan saya sebagai penuntut jurusan undang-undang di sana, mereka kawan karib saya, tetapi mereka ini duduk dengan saya sekali di apartmen saya di London, apabila mereka menonton laporan rusuhan 13 Mei, selepas itu (akibat terpengaruh) mereka keluar dari apartment saya tanpa memberitahu atau berkata apa-apa kepada saya .Ini memberi impak kepada saya, negara yang baik majmuk namun sehingga 13 Mei, kenapa perkara ini terjadi di mana perkauman telah ditegakkan di Malaysia, dan sebenarnya sebelum itu kita semua tak kira bangsa semua berkawan baik, di sekolah saya di Muar saya bersama orang Melayu, Cina dan India, kita semua berkawan baik tak kira dari desa atau bandar, kita semua baik.Namun selepas Umno isytihar darurat, semua negara ini telah menjadi berlainan, wajahnya bertukar hingga kini kerana perkauman menjadi asas negara.
Adakah sentimen perkauman ini berlaku sampai sekarang?
Ya, sehingga sekarang ini, masih berterusan ini yang digunakan Umno, orang Cina atau India nak buat macam mana? Tiada pembangkang yang berkesan pada waktu itu (1969) untuk menentang Umno.Sehinggalah tahun lalu (2008) munculnya Pakatan Rakyat yang baharu yang ada kekuatan mencabar Umno, kita tak tunduk kepada kuasa Umno, bukan kuasa orang Melayu tetapi kuasa Umno.Sejak itu saya minat dengan politik walaupun saya sibuk kerja sebagai buruh ketika itu, saya sertai Kesatuan Pelajar Malaysia-Singapura di UK, dan pada tahun 1970 saya menjadi Presiden Kesatuan Pelajar Undang-undang Malaysia-Singapura di UK.Minat saya dah mula dari sana, kenapa negara yang saya cintai ini, saya generasi ketiga di Malaysia tetapi kenapa nasib sudah jadi begini kita semua dikorbankan atas nama perkauman Umno.Pada masa itu saya tiada pilihan lain, hanya saya ada MCA, takkan saya nak masuk parti komunis? Jadi saya terpaksa masuk MCA, yang mewakili kaum Tionghoa. Saya ceburi MCA sejak tahun 70-an, tetapi kaitan saya dengan politik sejak 1969.
Lebih 30 tahun Dato' dalam MCA, apa yang mendorong Dato' keluar BN?
Saya nampak fajar telah muncul, fajar bukan hanya untuk orang politik sahaja tetapi rakyat Malaysia seluruhnya, sebuah negara yang saya cintai.Ini satu peluang, saya nampak bagaimana Umno menindas Pakatan Rakyat bagaimana Umno menggunakan cara bagaimana mereka menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak yang dipimpin oleh Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan cubaan di Selangor dan beberapa negeri lain, untuk menindas pemimpin Pakatan Rakyat, ini saya tak boleh terima.Oleh itu, untuk mempertahankan sistem dua parti di Malaysia dan hak rakyat, cuma Pakatan Rakyat sahaja yang boleh mempertahankan hak rakyat Melayu, Cina dan India, dan bangsa-bangsa lain di Sabah Sarawak.Berdasarkan prinsip yang saya pegang dalam hati saya sejak 1969, saya sokong Pakatan Rakyat, ia mesti diperkuatkan lagi.Saya boleh sumbang peranan saya yang pernah jadi anggota pentadbir 15 tahun dalam kabinet, dan lebih 30 tahun dalam MCA dan BN dalam politik. Pengalaman itu dalam kerajaan dalam Parlimen boleh saya gunakan untuk kebaikan Pakatan Rakyat.
Apakah pada pandangan Dato' parti politik berasaskan kaum seperti Umno, MCA atau MIC India tidak boleh lagi diterima rakyat?
Ya, sudah tidak dapat diterima khasnya gokongan muda yang berprinsip. 'Nonsense' jika terus gunakan pendekatan perkauman, MCA bagaimana mereka nak perjuangkan nasib Tionghoa lagi kerana MCA mana ada kuasa?Mereka ini tak boleh selagi Umno berpegang kepada ketuanan dan dominasi Umnoputra di negara ini. Dan selagi itulah MCA, MIC dan apa sahaja parti dalam BN, semua parti ini (MIC, MCA, PPP, Gerakan dan sebagainya) hanya menjadi hiasan sahaja kepada Umno.
Dato' yakin Pakatan Rakyat boleh bawa perubahan dalam negara?
Saya bersyukur kepada Tuhan Allah sebab pada hari ini orang Tionghoa, Melayu, India sudah buka mata. Mereka sudah pilih Pakatan Rakyat. Saya kesal kerana selama ini, negara dijadikan negara yang berbaur perkauman oleh Umnoputra, ketuanan Melayu yang disorak Umno selamanya, orang Cina pula jadi Cina, lebih dari China, dan sebagainya, ini situasi 'lose-lose' semua kalah, akhirnya oleh kerana negara kita tak boleh maju ke hadapan lagi selagi ada BN.
Dato' ada rasa kecewa tinggalkan MCA?
Langsung tak ada. Ada yang kata kepada saya, terlalu awal lompat, kalau masih dalam MCA, kononnya boleh dapat jawatan tinggi.Jawapan saya mudah sahaja 'Apa guna saya jadi Presiden atau ada jawatan tinggi dalam MCA, bila saya dah nampak selama ini saya sudah tahu dalam sistem Umno yang kuasai negara ini tiada bangsa boleh maju termasuk orang Cina, Melayu atau India.Berapa banyak rakyat yang ada kepakaran sudah lari, modal Cina sudah lari dari negara ini, kerana negara ini tiada sistem yang adil dan oleh kerana semuanya berasaskan kepada rasuah. Kalau mahukan projek kena rasuah, lesen boleh dibeli, semuanya berasaskan rasuah.Saya sebagai seorang Kristian saya amat bencikan rasuah oleh kerana Injil menyebut saya tidak boleh berasuah, anak saya semua Kristian, mereka tidak amalkan rasuah, mereka tahu di negara ini peluang bagi mereka amat terhad oleh kerana mereka tak mahu rasuah kepada orang atasan.Rasuah ini tidak boleh kerana dari prinsip agama ini sudah salah, Tuhan Allah benci kepada orang-orang yang rasuah, ini adalah satu taraf dosa yang terbesar di dunia ini, tak kira Buddha, Islam dan Kristian sama semuanya membenci rasuah.Tetapi inilah yang dibuat dan ditegakkan oleh Umno. Dari atas ke bawah semuanya ramai sudah jadi korup termasuk golongan Cina yang buat perniagaan semuanya boleh dibeli dengan wang.Inikah negara yang kita harapkan menjadi negara maju? Ini mustahil. Sebuah negara yang berasaskan kepada perkauman dan rasuah tidak boleh menjadi sebuah negara yang maju.
Dalam Umno ada politik wang, adakah ini juga berlaku dalam MCA?
Ya dalam MCA pun ada. Ini tak boleh diterima oleh agama, dari segi apa juga agama termasuk Islam.Saya harap rakyat lihat dan sekaranglah masa untuk membuka minda mereka, janganlah lagi menyokong orang-orang yang sengaja memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk pecahbelahkan rakyat.Umno dilihat campurtangan dalam krisis dalaman MCA, apa pandangan Dato'?Ini betul, Umno hendak tentukan masa depan MCA supaya mereka dapat kawal. Sejak Umno campurtangan mula kecoh dan makin hancur. Perdana Menteri dan Timbalannya secara terbuka campur tangan hal ehwal MCA.Sekarang ini MCA berpecah tiga puak sekurang-kurangnya. Takkan MCA ini boleh lagi mewakili Tionghoa, jadi jaguh kepada Tionghoa di negara ini?Ini mustahil sekarang ini, kerana kepimpinan MCA atasan ini hanya untuk menipu orangTionghoa.
Apakah krisis ini menunjukkan MCA tiada masa depan?
Dalam sistem parti dwi-politik ada peluang untuk 'survive', tetapi untuk jangka masa satu atau dua pilihan raya akan datang sukar bagi MCA kerana banyak kerusi mereka akan jatuh, ini risiko mereka.Kenapa agaknya macam Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai bergaduh?Kuasa...kerana kuasa. Kerana kuasa masing-masing nak jadi Presiden dan Timbalan Presiden.
MCA diheret dengan skandal PKFZ, apakah Umno juga terbabit?
Ya, ini yang kita nampak. Di dalam air keruh kita tak nampak lagi. Umno memang tidak mahu PKFZ didedahkan terus, akhirnya siapa yang kena dakwa?Kita ada melihat ada di kalangan pemimpin Umno yang kecil yang didakwa, adakah yang besar ini lepas hanya dengan pendakwaan orang kecil.
Umno yang tak suka PKFZ didedahkan terbuka, bila dapat peluang emas mereka (Umno) campurtangan dan gunakan kuasa Umno, kuasa kerajaan terhadap MCA dan apa jadi kepada PKFZ?
Umno dah capai matlamat untuk mendiamkan isu PKFZ. Kita tahu Umno tidak mahu berikan orang Cina kaya-raya sahaja, selagi mereka tak dapat peluang emas dari PKFZ macamsekarang ini.Sekarang ini mereka siasat orang Cina, kenapa boleh berlaku penipuan berbillion ringgit dalam PKFZ, bagaimana Kementerian Kewangan boleh bekerjasama dengan tauke PKFZ dengan begitu mudah keluarkan wang bila dituntut tanpa penyiasatan yang mendalam.Cuba tanya kontraktor kecil bila mereka mahu tuntut wang projek daripada Kementerian Kewangan oleh kerana setelah selesai projek, cukup sukar nak dapatkan bayaran, tetapi PKFZ ini begitu mudah.Adakah ini hanya mengkayakan Tiong Kin Sing sahaja? atau pegawai atasan PKFZ, adakah untuk mereka sahaja? Ini tak masuk akallah.
Dato yakin Pakatan Rakyat boleh memperbetulkan kepincangan dalam negara?
Ya. Kita sudah putuskan dasar bersama, tiga parti dalam Pakatan Rakyat, bukan tujuan kita untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk semua bangsa.Tuhan Allah telah berikan kita membuka mata hati kita termasuk orang bandar yang sudah faham dan kita mahukan orang desa di kawasan terpencil tahu apa yang berlaku kepada negara ini.Di mana ada keadilan dalam negara? Carilah mana ada orang Melayu yang boleh kaya-raya sama seperti Umnoputra?Orang Melayu sudah hilang daya saing di bawah sistem yang dimulakan Umno, subsidi. Universiti kita yang patutnya bangunkan Melayu, Cina dan India yang pandai cerdik telah disekat, sedangkan mereka ini boleh bantu kita memajukan ekonomi dan minda rakyat Malaysia.Selepas 50 tahun, apa nasib orang Melayu biasa, apa nasib orang Cina biasa? Orang India? Yang kaya hanya taukeh-taukeh Umnoputra di kalangan kroninya banyak dapatkan keuntungan dari dasar dan rasuah mereka. Di Muar, saya balik saya marah kenapa orang Melayu masih miskin..Dalam kemelut keyakinan rakyat kepada Umno-BN ini, apakah yang boleh Dato' sarankan kepada PAS dalam mendapatkan sokongan rakyat?Ini satu cara yang amat mustahak bagi PAS oleh kerana sekarang ada Pakatan Rakyat yang mana Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya menyatukan tenaga tiga buah parti.Pada masa ini orang Tionghoa sudah percaya kepada PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz jadi contoh orang agama Islam yang sangat baik di mata orang Tionghoa sebab dia adalah pemimpin Islam yang sangat baik, tidak ada rasuah, sangat sederhana gaya hidupnya, dia dihormati dan tidak berbaur perkauman.Namun perlu diingatkan jangan ada lagi insiden seperti di Selangor. Kita bimbang orang Cina akan lari bila PAS dilihat ekstrem.Ini bukan sahaja jejaskan PAS tetapi Pakatan Rakyat, jangan jadi jaguh kaum, ini kena faham, kerana orang Cina ada dua pilihan satunya keluar negara, dan keduanya ada Pakatan Rakyat.Kita kena insaf bahawa ramai yang sudah berhijrah kerana mereka tidak boleh terima lagi sistem yang diamalkan oleh Umno.Dulu orang Umno marah pada Tionghoa kerana tak sokong Umno sebelum tahun 1990, orang Cina sokong pembangkang.Mereka kata baliklah ke Tongsan (China). Sekarang betul-betul mereka balik ke Tongsan di sana ada kekayaan dan bukan main-main kekayaannya, mereka telah ditransformasikan dari sebuah negara yang amat miskin dan menyedihkan, sehingga kini US pun tunduk kepada China.Umno memecahbelahkan rakyat dan menghina rakyat dengan politik yang paling rendah yang boleh menjatuhkan kecerdikan rakyat. Dasar kerajaan BN yang menindas, Umnoputra ini paling tiada otak, otak paling rendah, mencabar rakyat untuk keluar jika tidak suka dengan sistem yang ada.Apabila rakyat menolak Umno kerana perkauman dan menyalahgunakan kuasa, maka mereka beralih kepada PAS. Tetapi orang Cina amat harapkan PAS, supaya tidak jadi sepertiUmno.
Apa pandangan Dato' mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh The Herald?
Isu Herald itu sebenarnya isu politk sahaja. Bila munculnya isu ini? Pada tahun 2007 yang, selepas Bersih berjaya membuat berdemonstrasi untuk menggesa kerajaan mengubah sistem pilihan raya dan menuntut hak-hak rakyat, The Herald membuat laporan ekslusif di muka hadapan.Mereka memaparkan gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim dan demonstrasi Bersih. Apa yang dibuat oleh KDN ketika itu? Umno ambil tindakan.Mereka menambah masalah. Kerana laporan itu menunjukkan ramai orang Kristian sudah menolak Umno dan BN. Isu The Herald asalnya adalah tekanan politik, bukan agama.Kristian sejak masa silam telah menggunakan perkataan Allah bersama dengan God, Tun Mahathir Mohamad saya anggap dia cerdik pandai, dia kata Orang Kristian guna Tuhan, jangan guna Allah.Orang Kristian ada di Arab Saudi, mereka gunakan perkataan tuhan ialah Allah, dalam perjanjian lama dan baru ialah Lord (tuhan) God (Allah) diterjemahkana sebagai Tuhan Allah. Kristian adalah agama Samawi menggunakan Allah.Kenapa Umno lebih pandai dari Nabi Muhammad, lebih Islam kononnya dari Nabi Muhammad. Sedangkan Quran kata boleh guna Allah? Ini tak masuk akal.Oleh kerana kepentingan politik mempertahankan survival, Umno mempermainkan isu perkauman yang begitu rendah dan mempermainkan hati rakyat termasuk orang Islam.
Apakah Umno dapat menarik sokongan Melayu dengan isu ini?
Umno memang harap, tapi saya fikir orang Islam tidak percayakan Umno sebab orang Islam lebih percayakan Ustaz Hadi (Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) daripada Najib (Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak).Apa asas Najib di dalam isu-isu agama, Hadi lebih pandai dari Najib dalam isu agama, Hadi kutip apa yang dikatakan dalam Quran, nama Allah digunakan dalam agama Samawi, tetapi Najib kata tidak boleh Jangan api-apikan orang Melayu. Saya seorang Kristian, saya gembira jika orang Islam gunakan nama Isa. Saya tak boleh kata orang Melayu Islam jangan gunakan nama Isa. Injil lama sebelum kemuncukan al-Quran sudah sebut nama Allah.Saya berterima kasih kepada Ustaz Hadi kerana berani mengeluarkan kenyataan yang benar yang mengikut al-Quran.Saya minta OIC yang akan bertemu di Beirut tak lama lagi, saya minta Najib pergi sendiri untuk mempertahankan pendirian Umno di Malaysia di sana, kononnya orang Kristian tidak boleh guna nama Allah.Saya hendak tengok, Najib berdiri depan negara dunia Islam dan katakan orang agama Samawi tidak boleh guna nama Allah. Tengok reaksi dari negara OIC lain, jangan jadi jaguh kampung, menyeleweng apa yang diajar dalam al-Quran.Kalau PAS boleh pertahankan pendirian sekarang ini dan jangan rendahkan ekspetasi rakyat kepada PAS, PAS akan terus diterima. Saya harap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz dan Hadi bangkit di Malaysia iaitu seorang yang beragama mendalam, cinta negara, cinta rakyat pelbagai bangsa dengan ikhlas hati, tolak perkauman dan tolak Umno.
Akhirnya apakah rumusan Dato terhadap peluang Pakatan Rakyat.
Kita mesti memperkuatkan Pakatan Rakyat. Itu adalah asas kepada kemenangan. Jangan ada lagi kes-kes disiplin seperti di Selangor.Biarlah kita pastikan kita dipimpin oleh orang yang boleh membawa kita kepada kemenangan, yang boleh memimpin kita untuk menang PRU-13.Ada syaratnya jika nak menang, bagaimana kita pegang kepada prinsip dasar Pakatan Rakyat di mana Melayu, Cina dan India boleh rasa senang di negara ini dengan jika Pakatan Rakyat menang.Kita juga harus berhati-hari dengan permainan media milik Umno-BN seperti Utusan Malaysia, The Star dan NST yang sentiasa memainkan propaganda dan memanipulasi isu politik, yang akhirnya menyebabkan orang Cina kurang yakin kepada Pakatan Rakyat.Kita harus berhati-hati dengan permainan ini. Terima kasih.
Jumaat, 8 Januari 2010
HADIS : TAKWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Lalu Baginda pun bersabda: Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan SUNNAHKU dan SUNNAH PARA KHULAFA AR RASYIDIN AL MAHDIYIN (khalifah2 yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.
H.R ABU DAUD DAN TARMIZI
Selasa, 5 Januari 2010
JAGALAH LIDAH YANG TIDAK BERTULANG.....jangan kira sedap cakap aje
Salam teman-teman,Lidah memang tak bertulang, tak bertulang bukan beerti lemah. Tangan dan kaki kuat kerana ada tulang. Lidah lagi kuat walaupun tanpa tulang kerana kata-kata yang disusun atur oleh lidah boleh menghancur-musnahkan negara, masyarakat, jama'ah dan keluarga bahkan memusnahkan diri sendiri.
Ketahuilah bahawa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat daripada bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.
Nabi s.a.w. telah bersabda:“Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”Berkata Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahwa manusia itu akan ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian lidah-lidah mereka.Ibu Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah! Sebutkanlah yang baik-baik, niscaya engkau akan dapat faedah. Dan berdiamlah dari berkata buruk, niscaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.Sabda Rasulullah s.a.w.:“Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya”.Rasulullah s.a.w. bersabda:“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”Sabdanya lagi:“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
Bak dendangan kumpulan In-Team dalam nasyidnya:"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusiaJagalah bahasa kata kita jangan disalah guna..."
Justeru, suka untuk saya mengajak dan mengingatkan diri saya serta sahabat-sahabat semua untuk kita lebih telus dan berhati-hati dalam berkata-kata.
Berkatalah benar walaupun ianya pahit.Sekian, terima kasih.