Shirzad Lifeboat Tue May 20, 08 1:28:34 pm MYT
Mungkin Malaysia tersenarai antara negara yang paling banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya. Hanya kira-kira seminggu lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Putrajaya, 10 Mei) mengumumkan kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM45 bilion untuk pelbagai subsidi bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh rakyat � minyak, makanan dan termasuk beras, yang dilaporkan subsidinya ialah sekitar RM2.2 bilion. --
Jumlah subsidi yang tinggi (secara relatif) berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia seramai 25 juta boleh memberikan gambaran seperti berikut: Pertama, betapa rakyat Malaysia merupakan segolongan manusia yang sering mengharapkan bantuan kerajaan dan tidak mampu atau tidak mahu berusaha untuk berdikari.
Tanggapan kedua pula ialah bahawa Umno/BN yang mentadbirkan Malaysia adalah merupakan parti/barisan parti campuran yang cukup pemurah, berehsan dan amat prihatin terhadap masalah rakyat. Daripada sejumlah anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan, RM147 bilion bagi tahun fiskal 2008, RM45 bilion atau 31% peratus diperuntukkan untuk pemberian subsidi yang dikatakan itu.
Kepada sesetengah orang, hakikat ini menunjukkan pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Namun bagi segelintir, ia adalah satu prestasi yang menakjubkan apabila sebahagian besar pendapatan negara berjaya diperuntukkan bagi memastikan rakyat dapat menggunakan kenderaan persendirian atas apa juga tujuan, atau membayar tambang yang murah bagi perkhidmataan pengangkutan awam, dapat menikmati nasi, gula dan pelbagai barangan makanan pada harga berpatutan. Para petani pula dapat membeli baja dengan harga di bawah pasaran dan nelayan mampu membeli minyak diesel pada kadar harga yang tidak membebankan.
Sekiranya wang sebanyak RM45 bilion ini, atas sesuatu sebab, diagihkan kepada setiap rakyat Malaysia, maka setiap rakyat Malaysia termasuk mereka yang belum memilik kad pengenalan tetapi memiliki sijil kelahiran yang butiran kelahirannya melayakkan sipemegang menjadi warga negara, maka setiap seorang daripada kita termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1,800 seorang.
Namun, hal seperti itu tidak mungkin akan berlaku. Ia hanyalah satu perkiraan bagi menunjukkan betapa besarnya nilai subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebahagian besar daripada pendapatan tersebut berpunca dari wang pembayar cukai.
Rata-rata subsidi di negara kita diberikan atas dasar menampong pendapatan rakyat yang hampir statik jika dibandingkan kenaikan indeks harga barangan keperluan utama dan susutan nilai ringgit dari masa ke masa.
Ini berbeza dengan amalan di setengah-setengah negara di mana subsidi diberikan bagi tujuan penggalakan dan perlindungan.
Di negara maju, rakyat mereka menanggung kos yang tinggi bagi melindungi hasil pertanian mereka. Pada tahun 2004 misalnya, subsidi pertanian bagi tujuan perlindungan perdangan bagi negara EU ialah USD133 bilion; Jepun, USD49 bilion dan Korea Selatan USD20 bilion (sekadar mengambil contoh tiga buah negara).

Untuk tujuan perlindungan industri pertanian dan makanan, rakyat di negara yang disebutkan itu bukan sahaja terpaksa membenarkan subsidi kepada para petani dengan membayar cukai yang lebih tinggi malah terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk makanan berasaskan pertanian jika dibandingkan dengan apa yang mereka perlu bayar di bawah amalan perdagangan liberal.
Bahan api untuk tujuan kegunaan persendirian tidak diberikan sebarang subsidi. Namun mereka tidak merungut disebabkan pendapatan yang mereka terima adalah tinggi berbanding dengan harga bahan api yang secara relatifnya adalah rendah. Malah petani mereka juga tergolong dalam kumpulan mereka yang kaya.
Di negara kita, subsidi digunakan untuk tujuan yang berbeza. Bukan sahaja rakyat biasa terpaksa membeli beras yang telah disubsidikan oleh kerajaan, malah bagi petani tertentu, pembelian beruk juga terpaksa dibuat menerusi pemberian subsidi.
Jika sepanjang 50 tahun dulu kita tidak bercakap banyak tetapi sebaliknya memberikan fokus tentang bagaimana mahu mempertingkatkan pendapatan rakyat dari masa ke masa, menggerakkan ekonomi dengan bersungguh-sungguh untuk tujuan tersebut dan mengambil sikap bijak dalam mengurus ekonomi, hari ini kita tidak perlu subsidi tersebut.
Tetapi, nampaknya kita jarang sangat memperkatakan hal ini. Sebaliknya Umno/BN lebih banyak membuat pengumuman itu dan ini bagi menunjukkan ia sebuah parti yang cukup bermurah hati dan prihatin kepada rakyat. Umno/BN lebih selesa mengambil jalan mudah dengan memberikan subsidi daripada berusaha ke arah pencapaian yang dikatakan itu. Mungkin inilah antara sebab mereka enggan menggubal undang-undang gaji minima atau mendengar tuntutan mengenainya. - mns

Tiada ulasan:
Catat Ulasan