Jumaat, 30 Mei 2008

Separating the Malay from Islam

By Raja Petra Kamarudin Thursday, 29 May 2008

There is an ongoing debate about Malays having lost their political power in the 8 March 2008 general election, about Malay states falling into the hands of non-Malays, and about if this continues then Malays will lose their preferential status and special rights and privileges -- which will probably also see the end of the New Economic Policy. Some (Umno-types) have accused those of us (Malays) in Pakatan Rakyat of being traitors to our Malay race and of not loving the Malays enough.

Malays are automatically Muslims, according to the Federal Constitution of Malaysia, and Muslims are prohibited from leaving Islam and converting to other religions. By law, Malays become Muslims, whether they like it or not, and once a Muslim always a Muslim.

But that is not the issue here. Let us not argue about whether it is fair to ‘constitutionalise’ Malays and ‘trap’ them in Islam for the rest of their lives. read more

Masjid, tandas awam mesti diberi perhatian - Dr Lo' Lo'

Azamin Amin Thu May 29, 08 1:18:43 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa supaya kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan memberi perhatian serius terhadap institusi masjid dalam negara dan tandas awam yang sering kali diabaikan termasuk oleh rakyat yang tidak prihatin.
Kataya masjid merupakan sebuah monumen atau bangunan yang sepatutnya menjadi tarikan pelancongan dilihat tidak 'mesra' pelancong dan pelawat menyebabakan ia kurang mendapat sambutan.
Ini terjadi katanya akibat kurangnya layanan mesra pihak kakitangan masjid terhadap pelancong untuk melawat dan mengehathui lebih mendalam tentang sejarah masjid di Malaysia ini
"Masjid boleh dilawati hatta di dalam kawasan musollat (tempat sembahayang) oleh orang bukan Islam dengan syarat memakai pakaian yang disediakan ataupun pakaian yang tidak menjolok mata.
"Masalahnya, terdapat segelintir kakitangan masjid yang tidak mesra dan kurang menyambut baik dan memberi penerangan sekali gus menjejaskan imej agama Islam itu sendiri.
Selain menyediakan katalog untuk masjid berkaiatan asal usul atau sejarah, risalah juga boleh disediakan bagi menerangkan tentang isu-isu yang membabitkan agama Islam yang sering kali disalah tafsir oleh orang bukan Islam termasuk para pelancong luar negara.
"Saya pernah ke Sri Langka dan masjidnya menyediakan risalah kepada semua pihak sama ada untuk pelancong Kristian dan Buddha untuk tujuan tarikan pelancong dan penerangan yang sebenar.
Selain itu dalam sidang Dewan tadi beliau turut membangkitkan isu tandas awam yang masih lagi tidak mencapai standard atau ISO antarabangsa dan perlu diberi perhatian termasuk memberi kesedaran sivik kepada rakyat yang dilihat kurang mengambil berat soal kebersihan tandas awam.
Sering kali dalam ceramah beliau menyatakan bahawa sebagai tanda aras kebersihan sesebuah institusi ataupun keluarga hendaklah memastikan kebersihan tandas diutamakan terlebih dahulu.
"Kalau nak tahu tahap kebersihan sesebuah keluarga itu, tengok tandas mereka. Jika bersih itulah 'standard' kebersihan mereka," katanya yang meminta Kementerian Pelanciongan memeberi tumpuan kepada kelemahan aspek tandas awam dan masjid.

Sabtu, 24 Mei 2008

Subsidi: Bukti BN sebuah kerajaan yang pemurah?


Shirzad Lifeboat Tue May 20, 08 1:28:34 pm MYT
Mungkin Malaysia tersenarai antara negara yang paling banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya. Hanya kira-kira seminggu lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Putrajaya, 10 Mei) mengumumkan kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM45 bilion untuk pelbagai subsidi bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh rakyat � minyak, makanan dan termasuk beras, yang dilaporkan subsidinya ialah sekitar RM2.2 bilion. --

Jumlah subsidi yang tinggi (secara relatif) berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia seramai 25 juta boleh memberikan gambaran seperti berikut: Pertama, betapa rakyat Malaysia merupakan segolongan manusia yang sering mengharapkan bantuan kerajaan dan tidak mampu atau tidak mahu berusaha untuk berdikari.
Tanggapan kedua pula ialah bahawa Umno/BN yang mentadbirkan Malaysia adalah merupakan parti/barisan parti campuran yang cukup pemurah, berehsan dan amat prihatin terhadap masalah rakyat. Daripada sejumlah anggaran pendapatan Kerajaan Persekutuan, RM147 bilion bagi tahun fiskal 2008, RM45 bilion atau 31% peratus diperuntukkan untuk pemberian subsidi yang dikatakan itu.
Kepada sesetengah orang, hakikat ini menunjukkan pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Namun bagi segelintir, ia adalah satu prestasi yang menakjubkan apabila sebahagian besar pendapatan negara berjaya diperuntukkan bagi memastikan rakyat dapat menggunakan kenderaan persendirian atas apa juga tujuan, atau membayar tambang yang murah bagi perkhidmataan pengangkutan awam, dapat menikmati nasi, gula dan pelbagai barangan makanan pada harga berpatutan. Para petani pula dapat membeli baja dengan harga di bawah pasaran dan nelayan mampu membeli minyak diesel pada kadar harga yang tidak membebankan.
Sekiranya wang sebanyak RM45 bilion ini, atas sesuatu sebab, diagihkan kepada setiap rakyat Malaysia, maka setiap rakyat Malaysia termasuk mereka yang belum memilik kad pengenalan tetapi memiliki sijil kelahiran yang butiran kelahirannya melayakkan sipemegang menjadi warga negara, maka setiap seorang daripada kita termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1,800 seorang.
Namun, hal seperti itu tidak mungkin akan berlaku. Ia hanyalah satu perkiraan bagi menunjukkan betapa besarnya nilai subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebahagian besar daripada pendapatan tersebut berpunca dari wang pembayar cukai.
Rata-rata subsidi di negara kita diberikan atas dasar menampong pendapatan rakyat yang hampir statik jika dibandingkan kenaikan indeks harga barangan keperluan utama dan susutan nilai ringgit dari masa ke masa.
Ini berbeza dengan amalan di setengah-setengah negara di mana subsidi diberikan bagi tujuan penggalakan dan perlindungan.
Di negara maju, rakyat mereka menanggung kos yang tinggi bagi melindungi hasil pertanian mereka. Pada tahun 2004 misalnya, subsidi pertanian bagi tujuan perlindungan perdangan bagi negara EU ialah USD133 bilion; Jepun, USD49 bilion dan Korea Selatan USD20 bilion (sekadar mengambil contoh tiga buah negara).
Untuk tujuan perlindungan industri pertanian dan makanan, rakyat di negara yang disebutkan itu bukan sahaja terpaksa membenarkan subsidi kepada para petani dengan membayar cukai yang lebih tinggi malah terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk makanan berasaskan pertanian jika dibandingkan dengan apa yang mereka perlu bayar di bawah amalan perdagangan liberal.
Bahan api untuk tujuan kegunaan persendirian tidak diberikan sebarang subsidi. Namun mereka tidak merungut disebabkan pendapatan yang mereka terima adalah tinggi berbanding dengan harga bahan api yang secara relatifnya adalah rendah. Malah petani mereka juga tergolong dalam kumpulan mereka yang kaya.
Di negara kita, subsidi digunakan untuk tujuan yang berbeza. Bukan sahaja rakyat biasa terpaksa membeli beras yang telah disubsidikan oleh kerajaan, malah bagi petani tertentu, pembelian beruk juga terpaksa dibuat menerusi pemberian subsidi.
Jika sepanjang 50 tahun dulu kita tidak bercakap banyak tetapi sebaliknya memberikan fokus tentang bagaimana mahu mempertingkatkan pendapatan rakyat dari masa ke masa, menggerakkan ekonomi dengan bersungguh-sungguh untuk tujuan tersebut dan mengambil sikap bijak dalam mengurus ekonomi, hari ini kita tidak perlu subsidi tersebut.
Tetapi, nampaknya kita jarang sangat memperkatakan hal ini. Sebaliknya Umno/BN lebih banyak membuat pengumuman itu dan ini bagi menunjukkan ia sebuah parti yang cukup bermurah hati dan prihatin kepada rakyat. Umno/BN lebih selesa mengambil jalan mudah dengan memberikan subsidi daripada berusaha ke arah pencapaian yang dikatakan itu. Mungkin inilah antara sebab mereka enggan menggubal undang-undang gaji minima atau mendengar tuntutan mengenainya. - mns

Rabu, 21 Mei 2008

Hanya Islam dapat angkat martabat Melayu


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Tue May 06, 08 10:41:31 am MYT
PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

Sebarang usaha samada sengaja ataupun itdak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.
Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.
PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.
Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.
Umnolah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.
Di antaranya ciri ilmu, di mana Umnolah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah.
Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab. PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup
Presiden,Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 20 Mei 2008

300 di Kedah ikuti Dr M keluar Umno

Abdul Halim Mohd Rashid Tue May 20, 08 8:39:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Kira-kira 300 orang ahli Umno Cawangan Jalan Badlishah di Merbok keluar beramai-ramai dari parti itu untuk bersama-sama dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam. -->-->
Ketua cawangan tersebut, Mej (B) Anuar Abdul Hamid memberitahu The Star, ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan tersebut juga keluar dari Umno.
Kira-kira 100 ahli cawangan itu menghadiri majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star semalam di mana Dr Mahathir tiba-tiba mengumumkan keputusannya keluar dari Umno.
Mereka yakin ahli-ahli Umno dari cawangan lain juga akan mengambil tindakan yang sama.
Anuar memberitahu, mereka tidak akan menganggotai mana-mana parti dan akan menyertai Umno semula apabila Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.
Di Kubang Pasu, beberapa ketua cawangan memberitahu, mereka merancang untuk memulaukan mesyuarat agung parti itu.
Bekas Menteri Besar Kedah yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan beliau "sudah lama" keluar parti itu.
Seorang lagi bekas Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Khalid Abdullah juga mengumumkan akan keluar Umno sambil memberitahu tiga Ketua Bahagian di Kedah juga akan mengambil tindakan yang sama.
Di Johor, melalui ikrar ketika pertemuan dengan Dr Mahathir Sabtu lalu, kira-kira 200 cawangan dijangka akan dibubarkan sebelum mesyuarat cawangan-cawangan Umno dimulakan.
Ketika mengumumkan keputusannya untuk keluar dari Umno, Dr Mahathir menyifatkan keahliannya di dalam Umno tidak bermakna dan tidak berguna lagi kerana Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli Barisan Nasional (BN)".
"Oleh kerana Datuk Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli Umno pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana Umno yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi", kata bekas Perdana Menteri dalam blognya, chedet.com
Dalam penjelasan lanjut di dalam blognya itu, bekas Presiden Umno itu memberitahu, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga keluar dari Umno.
Anak mereka, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.
Ahli Parlimen Jerlun iti memerlukan masa untuk berfikir mengenainya.
"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan bekas Dr Mahathir yang hanya mahu kembali ke dalam Umno selepas Abdullah meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam pula menyifatkan tindakan Dr Mahathir keluar Umno seperti 'duri dalam daging sudahpun terkeluar'.
Pucuk pimpinan Umno pula, kata Musa yang meletak jawatan kerana krsis dengan Dr Mahathir, harus menerima realiti bahawa umno tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno dan akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember akan datang.
"Kalau saya keluar daripada parti, saya hendak lawan dengan siapa?" tanya beliau.