Jumaat, 28 Ogos 2009

TAZKIRAH RAMADHAN - KISAH BURUNG PIPIT

Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)

Zaman Nabi IbrahimSejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa...

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

4) Jadilah insan yang benar-benar berjiwa merdeka, apa makna merdeka? maknanya kita bebas dan tidak takut dan tidak memperhambakan diri kepada manusia. Jadilah insan berjiwa merdeka yang tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yang benar tanpa rasa gementar dengan ancaman dan ugutan manusia.

5) Niat kita mesti betul, dalam perjuangan niat kita wajib diperbetulkan. Kita berjuang kerana Allah. Parti politik hanya sebagai wadah atau platform untuk berjuang. Kalau kita puja bunga, bunga kan layu. Kalau kita berjuang dan memuja pemimpin, pemimpin juga akan mati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Rabu, 26 Ogos 2009

PAS kuasai pentas PRK Permatang Pasir,UMNO-BN tak sedar lagi ke?


Ketika sedang enak menikmati juadah berbuka puasa,di bumi Permatang Pasir,Pulau Pinang PAS mengekalkan penguasaan kerusi DUN dengan majoriti 4551 undi. Jika dilihat dari jumlah majoriti,rata-rata media tali barut UMNO-BN mengatakan majoriti kemenangan PAS berjaya dikurangkan. Begitu juga dengan analisis oleh pemerhati politik di ASTRO AWANI yang sibuk mengatakan kemenangan PAS ini bukanlah bermakna PAS/Pakatan Rakyat kukuh,tetapi UMNO yang silap percaturan.Betul ke apa yang dieorang cakap ni?Janganlah sibuk nak mengampu@mengipas kerajaan UMNO-BN..

Permatang Pauh,kena belasah..Kuala Terengganu,terus parah dibelasah.Datang 2 Bukit (Bukit Gantang & Selambau)terus-terusan kena pepah..Batang Ai,kononnya penyelamat maruah mereka.peggggiiii dahhhhh...................
Penanti,awal2 mereka dah menyerah kalah...Datang Manek Urai,walaupun kalah tetap melalak kononnya mereka berjaya 'MENANG DALAM KALAH'.Tak tau ke,kalau kurang 1 undi pun kira kalah la juga..

Tup...Tup....Muncul Permatang Pasir..PAS pukul maut,UMNO-BN masih tak sedar2 lagi..Dalam keadaan macam2 peraturan baru yang ditetapkan oleh SPR yang jelas banyak membantu mereka dari DULU,KINI&SELAMANYA..Namun,perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.Kebenaran berjaya dizahirkan..

Kerajaan UMNO-BN tak sedar lagi ke apa maksud / signal yang diberikan oleh rakyat? Lepas dilanda Tsunami Mac 2008,dengan kekalahan berterusan PRK nampaknya mereka tak faham2@buat2 tak faham.Jelas...Rakyat mahukan perubahan yang lebih baik,yang lebih adil & saksama,yang lebih menjamin kesejahteraan rakyat.
Dalam keadaan PR diasak hari2 oleh media tali barut UMNO-BN, ALHAMDULILLAH..ALLAH tetap memberi kemenangan kepada PR.

Nak komen&ulas banyak2 pun tak guna..masing2 bijak pandai,dah besar panjang..dah boleh fikir baik buruknya. Satu je yang nak diperingatkan kepada UMNO-BN,

TIADA KERAJAAN YANG KEKAL DI DUNIA INI MELAINKAN KERAJAAN ALLAH SWT...

Kalau dah tak mampu & tak reti nak tadbir negara...TURUN!!!!!! Meh bagi PAKATAN RAKYAT ajar cara2 nak tadbir negara...

TAKBIR 3X...ALLAHUAKBAR....

Selasa, 25 Ogos 2009

PENGUASAAN BAHASA ASING SEBAGAI ALAT PENCERDASAN.



[Arab-Inggeris-Latin-Perancis-Belanda]

Yusuf, seorang pelajar junior warga Indonesia pernah bercerita pada saya. Suatu saat rakan-rakannya sedang memperolok-olok seorang pelancong barat yang berkunjung ke daerahnya dengan menggunakan bahasa Batak. Bahasa asli penduduk Sumatera Utara. Alangkah terkejutnya mereka apabila pelancong itu mampu membalas olokkan tersebut dengan menggunakan bahasa Batak juga. Bahkan dengan tutur kata yang begitu fasih.

“Suf, menurut abang, itu bukannya pelancong biasa. Barangkali, itulah dia antara agen imperialis-kapitalis yang ingin merampok harta kekayaan Negara kalian satu per satu”, simpulku mudah membayangkan konspirasi internasional terhadap Negara yang tak sepatutnya miskin ini.

Danau Toba. Antara keajaiban alam di daerah Sumatera Utara, Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Penguasaan terhadap bahasa sesuatu bangsa dapat dijadikan strategi ampuh untuk menguasai bangsa tersebut. Kita tidak kaget dengan contoh ‘pelancong’ di atas kerana golongan orientalis-missionaris yang menekuni kajian keislaman di barat sudah lama mewajibkan penguasaan atas bahasa arab, syro-aramaic, latin, dan lain-lain kepada muridnya. Tiada tujuan lain melainkan untuk meneroka khazanah keilmuan dari sumber primer yang diwarisi dari Tamadun Islam. Setelah menguasai, banyak antara mereka yang mengotak-atiknya pula. Kemudian, dipaksakan atas kita (baca: umat islam) untuk mengadopsi hasil kajian sesat plus sekular mereka itu. Seolah-olah mereka sedang berkata, “Look we know better than you do!”

BAHASA PERHUBUNGAN KITA ADALAH BAHASA ARAB

Pentingnya pendidikan harus didukung oleh penguasaan bahasa asing sebagai alat pencerdasan. Namun, menjadi persoalan bagi kita, apakah bahasa yang menjadi keutamaan kaum muslimin?

Dr. Mohammad Natsir (1908-1993), pemimpin jama’ah islam terbesar dunia iaitu Parti Majlis Syura Ulama Indonesia (Masyumi) mengemukakan kepentingan menguasai bahasa asing sebagai berikut:

“Bahasa adalah salah satu soal kecerdasan bangsa yang terpenting. Bahasa itu, bahasa kita sendiri, adalah menjadi syarat bagi berdiri tegaknya kebudayaan kita. Akan tetapi, satu kebudayaan yang hidup, tidak cukup hanya dengan tinggal berdiri saja. Ia perlu tumbuh, bertambah, berubah, bergerak, ‘dinamis’, kata orang sekarang. Dan untuk ini, perlu kepada pertukaran ‘udara’, perlu kepada tambahan ‘baja’ perlu kepada tambahan ‘air’ yang menjadi syarat penawar hidupnya… oleh sebab itu, disamping bahasa ibonda kita sendiri, adalah bahasa asing yang lebih luas dan lebih kaya, yang dapat memperhubungkan kita dengan negeri luar, menjadi suatu rukun yang tak boleh tidak, bagi kemajuan dan kecerdasan kita.”

Tambahan beliau lagi berkenaan bahasa perbendaharaan ilmu iaitu Arab,

“Kalau kita disini mengatakan ‘bahasa asing’, ghalibnya kita ingat kepada bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, atau lain-lain. Dan memang bahasa Belanda, bahasa Inggeris, dan sebagainya itu banyak jasanya bagi kecerdasan kita bangsa Indonesia. Ini tidak kita mungkiri! Akan tetapi, jangan kita lupakan bahawa sebelum bahasa Belanda menjadi perhubungan dengan dunia luar, sebelumnya bahasa inggeris mulai dipelajari dikalangan bangsa kita. Kita di Indonesia sudah berpuluh tahun terlebih dahulu mempunyai bahasa perhubungan, jembatan yang menghubungkan kita dengan sumber kebudayaan dunia luar, iaitu bahasa Arab! .... dan bagi kita kaum Muslimin, adalah bahasa arab itu satu bahasa persatuan yang tak akan mungkin dicarikan gantinya, bahasa kunci dari perbendaharaan ilmu dan pengertian agama kita. Besar kerugian dan kerosakan yang menimpa kita apabila bahasa ini kita abaikan dan kita kesampingkan.”

Pak Natsir , tokoh antarabangsa yang dihormati. Beliau adalah pemimpin Harakah dan juga pemimpin Negara. Dalam umur yang sangat muda, 21 tahun sudah menguasai banyak bahasa antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Latin, dan sudah tentu bahasa Al-Quran iaitu Arab. Lihat ulasan Anwar Ibrahim

PROJEK SEMI-MEGA: KELAS INTENSIF PENGUASAAN BAHASA ASING

Bagi mengelakkan tulisan ini hanya berlegar seputar idea sahaja tanpa praktikal maka saya menyeru kepada seluruh Persatuan Pelajar Malaysia di seantero dunia, dalam dan luar negeri yang bertanggungjawab menjaga akidah, kebajikan, dan pendidikan ahlinya agar membuka kelas intensif penguasaan bahasa asing secara selektif dengan meletakkan bahasa Arab sebagai prioriti, Arab-Inggeris-Latin-Perancis-Belanda.

Selain bertujuan menguasai Sains dan Teknologi moden, alat kecerdasan ini diharapkan mampu memotivasi dan menambah wawasan mahasiswa muslim untuk mendalami 12 displin ilmu sebagaimana yang telah digariskan oleh Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya, Jundullah thaqafatan wa akhlaqan. Sila lihat tulisan saya, Kenapa Pelajar Sains Wajib Mengaji?

Bagi pelajar yang menuntut di Sumatera Utara pula. Cuba kita tanya, sejauh mana penguasaan kita terhadap bahasa asing, terutamanya bahasa arab? Adakah Kelas Intensif Bahasa Arab yang insya’Allah bakal diwujudkan oleh persatuan pelajar pada bulan Ogos 2009 nanti akan mendapat tempat dihati pelajar Malaysia-Indonesia?


“Saatnya Kita Melahirkan Pemimpin Multidimensi,” harapanku mula menggunung melebihi puncak Gunung Everest.■

Isnin, 17 Ogos 2009

Perbezaan PAS dan UMNO



Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.
Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya. Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO.
Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam. Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
Meneruskan Perjuangan Para Nabi
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK

Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelma lebih kurang 4@5 hari lagi,AJK PAS cawangan Telok Datok mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat.Ramadhan yang hadir setahun sekali ini,kita penuhkanlah dengan sebaik2 amalan seperti bertadarus,bersedekah,menunaikan solat tarawih dan segala amalan yang terpuji.Moga2 Ramadhan kali ini dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada kita semua.Penuhilah ruang2 masjid sepanjang Ramadhan ini.Jadikanlah masjid destinasi yang sebaik2nya untuk kita berkumpul dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Kepada golongan muda khususnya,lakukanlah hijrah yang sebenarnya sempena kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Marilah kita bersama-sama mengukuhkan saf2 kekuatan Islam dan seterusnya mempraktikkan kehidupan Islam dalam kehidupan kita.
Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan yang terakhir bagi kita.Kita tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan apabila kita telah dijemput oleh ALLAH SWT.Ambillah dan gunakanlah kesempatan usia ini untuk kita beribadat dan bertaubat sebelum terlambat.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.......

Khamis, 13 Ogos 2009

Sinar Kemenangan Di Permatang Pasir

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir
di Bulan Ramadhan

Tanda Awal Kemenangan

1. Bulan Ramadhan adalan bulan suci dan mulia bagi Ummat Islam justeru ia adalah bulan ibadah sekaligus meletakkan hamba - hamba Allah yang beriman semakin dekat kepadaNya justeru Taqwa adalah ramuan utama untuk sajian sepanjang Ramadhan

2. Ramadhan juga adalah Bulan Jihad dan Bulan Kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamaddun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah

3. Ramadhan juga adalah bulan Nuzul al Quran sebagai kitab suci dan pekeliling khas yang diturunkan oleh Allah swt untuk memandu hidup manusia agar selamat di dunia dan akhirat

4. Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan segala ganjaran dilipat ganda buat insan yang muttaqin , pintu syurga yang terbuka luas untuk menanti sang pejuang yang ikhlas menegakkan perjuangan Islam dan kebenarannya , pintu neraka yang tertutup rapat agar tidak menjerumuskan hamba - hamba Allah yang berpeluang untuk memohon ampun dan taubat di atas dosa yang dilaku serta segala syaithan iblis yang menghasut dan mengadu domba akan dibelenggu .

5. Justeru Ramadhan adalah bulan yang paling damai dan kondusif untuk sang pejuang untuk beraksi semaksima mungkin guna mencari keredhaan Allah swt dengan seikhlasnya tanpa ragu dan teragak - agak akan pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Rabbul Izzati .

6. Bukankah Ramadhan bulan yang diberkati segala amal , dirahmati segala aktiviti dan diperkenan segala munajat asal saja segalanya itu dipusatkan untuk mencari redha Allah swt . Inilah bulan yang menjadikan insan muslim mukmin muttaqin tampil gagah dengan ibadah puasanya sementara dibebankan ke atas musuh - musuh Islam rasa gerun dan tidak yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendepani kemaraan tentera - tentera Islam .

7. Saff para pejuang Islam akan lebih kemas , bergaya dan perkasa turun ke medan justeru Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis . Disiplin menjadikan saff para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat .

8. Pemuda PAS dinasihatkan agar memaksimumkan peluang ini untuk meningkatkan segala keupayaan yang dimiliki untuk :
Pertama : Mendekatkan diri kepada Allah swt bagi mencari redhaNya dan sekaligus memudahkan nusrah dan maunahnya kepada perjuangan yang kita dokong ini .
Kedua : Mendekatkan diri kepada masyarakat khasnya pengundi agar mereka memberi sokongan padu kepada perjuangan kita untuk mengangkat martabat ummah serentak itu memperjuangkan islam agar mampu ditegakkan di atas tanahair kita pada satu masa kelak , Insyaallah .

9. Pemuda PAS diarahkan agar tidak leka dan lalai apalagi terjebak dalam perkara mungkar agar tidak dimurkai Allah Azza wa Jalla . Sebaliknya mendatangkan segala amal ibadah dengan penuh rasa ubudiyyah sesuai sebagai anggota Gerakan Islam .

10. Pemuda PAS adalah harapan dan sandaran Jamaah untuk membawa pulang kemenangan . Kemenangan buat ummah dan kemenangan buat perjuangan suci ini agar ianya terus gah dipersada politik tanahair . Sedetik kalian asyik dan seketika kalian lelap , bermakna kekalahan kian menghampiri kita dan kebinasaan menguasai kita . Ayuh Pemuda , di seluruh negara dan di mana sahaja anda berada , saya menyeru anda agar bangkit dengan segala keizzahan kalian sebagai Pemuda kebanggaan Rasulullah saw ! - daftar diri dan turun bertugas di Permatang Pasir , bantu perjuangan Islam ini agar ia tegak membela ummah !

Takbir ! Takbir ! Takbir !

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 19:25 2 comments Links to this post

Jangan Hina Islam!!!



1. Islam adalah agama suci yang diwahyukan Allah swt. Agama yang mendamaikan hati , menyatukan silaturrahim , memperkayakan budi , menegakkan keadilan , menentang kezaliman , membina peradaban , menolak korupsi , anti penyelewengan , menyanggah penyalahgunaan kuasa , benci sikap hipokrit , tidak berpura - pura , memberi hak beragama dan tidak mencela antara satu sama lain tanpa sebarang asas .

2. Islam agama yang benar Ianya agama Allah Tuhan yang maha sempurna bukan ciptaan manusia yang terdedah kepada 1001 kekurangan dan kelemahan . Justeru itu Islam adalah agama yang layak dianuti bukan dikeji . Islam adalah agama yang wajar diterima bukan dihina .

3. Islam telah membuka ruang kepada umum sejak ia diturunkan sehinggalah kiamat kelak kepada siapa sahaja yang berupaya mendatang satu bukti atau satu surah yang boleh menandingi kebenaran al Quran . Islam pernah mencabar melalui kitab sucinya agar siapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya agar membawa bukti bahawa Islam adalah salah sementara yang lain adalah benar !

هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila datangkan pembuktian kamu [ untuk menolak kebenaran Islam ]
jika dakwaan kamu benar.

4. Justeru itu , tiada siapa berhak menghina agama Islam sebagaimana Islam melarang penganutnya menghina agama lain . Bahkan tidak dibenarkan sama sekali kepada siapa jua samaada muslim atau non muslim untuk menghina , mempersenda , mempermain , memperkecil , memperlekeh atau 1001 perkataan yang membawa maksud serupa . Melalui apa jua cara , kaedah dan pendekatan penghinaan kepada Islam adalah perbuatan terkutuk yang bukan sahaja mengundang kemarahan ummat Islam tetapi diwajibkan ke atas ummat Islam bangkit membela dan mempertahankan Islam .

5. Akhbar Jylland Posten pernah menghina Islam dengan lukisan karikatur nabi saw , kita pemuda Islam dan seluruh ummat Islam prihatin yang ada iman biarpun sekelumit bangkit menentang di seluruh dunia walaupun akhbar itu dimiliki oleh orang - orang bukan Islam . Begitu sepatutnya penentangan mesti dilakukan oleh ummat Islam kepada akhbar Utusan Malaysia dan lainnya juga menghina Islam apabila memaparkan gambar dan aksi artis yang mendedahkan aurat secara ghairah , mempamerkan keputusan judi sport TOTO , lumba kuda dan sebagainya .

6. Siapa sahaja tidak boleh mempertikaikan kesucian agama Islam . Samaada non muslim atau lebih - lebih lagi seorang yang mengaku muslim . Non muslim yang menghina , mempersenda dan menetang Islam akan ditentang pula oleh ummat Islam sementara yang mengaku muslim tetapi menghina , mempersenda dan menentang Islam adalah murtad dan ia berdepan dengan hukuman bunuh mandatori . Demikian ketetapan Islam dari Allah swt dan Nabinya saw.

7. Begitulah pula Islam menghulurkan tangan sucinya untuk menyambut siapa sahaja dengan penuh mesra dan semangat setiakawan sekalipun ia adalah non muslim andainya mereka bersedia menerima Islam dan ummatnya walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam dan beriman kepada Allah swt . Islam tidak boleh memaksa orang lain memeluk ajaran Islam lantaran Islam adalah agama yang mesti dianut dengan rela dan yakin .

8. Ummat Islam berkewajipan memelihara , mempertahan dan memperjuangkan Islam dari segala ancaman dan penghinaan sehinggalah terserlah kesucian dan kemuliaan Islam setelah sekian lama ianya ditudung dan sengaja disembunyikan oleh musuh - musuhnya termasuklah angkara perbuatan sebahagian dari kalangan ummat yang mengaku Islam tetapi jahil dan munafik [ hipokrit ] serta merelakan diri mereka menjadi boneka dan alat musuh .

9. Non muslim pula berkewajipan mendapatkan maklumat dan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak yang berauthoriti untuk memberi penjelasan mengenai Islam agar dapat mengelak diri dari kenyataan dan tindakan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan ummat Islam .

10. Perkara yang perlu diawasi dan diberi perhatian oleh semua pihak ialah peranan media musuh yang tidak bertanggungjawab untuk sengaja mempertembungkan muslim dan non muslim atau meruncingkan lagi perbezaan yang sedia wujud . Selayaknya media mengambil peranan mendamaikan dan merapatkan jurang . Jirus air ke atas bara api jangan jirus petrol !
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 10:59 0 comments Links to this post
Wednesday, 12 August 2009