Rabu, 2 September 2009

Program Ziarah Prihatin DPPKL dan Nisa' sempena Ramadhan

Ketua DPPKL,Ustaz Rizuan Rahmat sedang menyampaikan sumbangan.


Sumbangan beras untuk sama2 menjalani ibadah puasa.


Perjalanan ke kediaman saudara kita yang agak dhoif.



Ketua Lajnah Kebajikan DPPKL sedang menyampaikan sumbangan kepada Mantan Batin Kg Pulau Kempas,Bukit Cheding.



Sedang bergambar bersama saudara kita yang dianugerahkan rumah asnaf.




TKP sedang menyemak senarai nama penerima.


Timb.Ketua Nisa' K.Langat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang saudara kita



exco nisa' bermanja-manja dengan anak-anak saudara kita.

Bukit Cheding,Banting.29 sept 2009- Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma,Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bersama Nisa' Kuala Langat telah mengadakan satu program Ziarah Prihatin ke Perkampungan Orang Asli Bukit Cheding.
Program ini melibatkan pernyertaan semua Ahli exco DPPKL dan Nisa' menyelami kehidupan masyarakat Saudara Baru Islam di perkampungan Orang Asli ini.Program Ziarah Prihatin ini juga memberi sedikit sumbangan berbentuk beras dan keperluan harian untuk membantu sedikit sebanyak umat islam di perkampungan ini dalam menjalani ibadah puasa.Kehadiran Dewan Pemuda PAS ke kawasan ini disambut mesra oleh masyarakat disini dan mereka merasa terharu dengan sumbangan yang di berikan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Langat,Ustaz Rizuan Rahmat menyatakan program seperti ini perlulah kerap diadakan oleh badan-badan berkanun dan bukan kerajaan untuk membantu umat islam di pendalaman ini supaya mereka turut sama merasai nikmat kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat.Program yang bermula pada jam 5.00 petang itu di tamatkan pada jam 7.30 petang.
Dicatat oleh dppkl Sunday, August 30, 2009

Tiada ulasan: