Rabu, 11 November 2009

MENYEBAR MAKLUMAT BOHONG KE NERAKA


Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat. Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai. Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.
Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam. Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT. Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar. Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.
Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.
Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.
Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita. Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.
Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas. Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.
Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.
Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat . Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.
Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar. Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.
Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.
Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda. Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.
Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita. Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.
Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia” Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.
Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.
Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT. Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.
Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini. Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.
Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.
Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt (Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

Rabu, 4 November 2009

ANTARA KULIAH DAN TAULIAH.....Mohd Asri Zainul Abidin ditahan JAIS

Saudara muslimin dan muslimat,
Kecoh? BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi ini (2 Nov 2009) atas dakwaan mengajar tanpa tauliah yang ditahan di sebuah banglo Hulu Klang.

Siapakah yang tersangat jahat dan zalim?
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."{Surah al-Baqarah : 114}

WAHYU …. ILMU , TUHAN DAN MANUSIA

﴿اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ - خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ - اقْرَأْ وَرَبُّكَ الاٌّكْرَمُ - الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ - عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

﴾"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". { Surah al-‘Alaq ayat 1 – 5 }
Wahyu yang pertama(al-‘Alaq ayat 1 – 5) turun kepada Nabi Muhammad saw ialah menuntut supaya belajar. Belajar itu adalah wajib. Bagaimana nak belajar kalau tidak ada yang mengajar. Maka hukum mengajar itu adalah wajib.

FARDU ‘AIN-WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA

Bersabda Nabi saw, طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya, { Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim}

Setiap muslim dan muslimah yang aqil-baligh wajib menuntut tiga ilmu berikut;A- Ilmu Tauhid(IMAN). B- Ilmu Feqah (ISLAM) C- Ilmu Akhlaq /Tasauf (IHSAN)Tiga ilmu di atas adalah lanjutan Malaikat Jibrail turun secara khusus ke muka bumi dalam rupa bentuk manusia. Sangat jarang Malaikat Jibrail as turun dalam rupa demikian. Malaikat Jibrail menanyakan Nabi saw tiga soalan iaitu:

يا محمد! أَخبِرْنِى عن الإسلام؟ Wahai Muhammad beritahu aku, apa itu Islam?

فأَخْبِرنِى عن الإيمان؟ - Beritahu aku, apa itu Iman?

فأخبرنى عن الإحسان؟ - Beritahu aku, apa itu Ihsan?

Ini tentulah kerana ada satu pengisytiharan yang sangat besar iaitu tentang RUKUN AGAMA – أركان الدين iaitu IMAN, ISLAM dan IHSAN.Manusia mukmin adalah bermanfaat untuk dirinya dan bermanfaat untuk orang lain. Oleh sebab itu umat Islam sejak kecil hingga mati sentiasa belajar dan mengajar.

Lihat sabda RasuluLlah saw yang berbunyi, خيركم من تعلم القرءان وعلمه

Maksudnya,” Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.
Bertapa penting ilmu(kena ada yang belajar dan mengajar) maka ALlah menerangkan kepada kita ayat berikut:

﴿وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
﴾"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan (inzar) kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)". (at-Taubah : 122)

WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN HARAM MENYEMBUNYIKANNYA

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْوَاشْتَرَوْا بِه ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ(187)لا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَواوَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنْ الْعَذَابِ وَلَهُمْعَذَابٌ أَلِيمٌ(188)وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu. Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aal Imran : 187]

Para ulamak adalah waris Nabi-Nabi. العلماء ورثة الأنبيآء . Sebagai pewaris mereka mestilah amanah dan bersifat tabligh(menyampaikan) sebagaimana para Rasul.

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَـتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّـهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَـئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّـعِنُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." [Surah al-Baqarah : 159]

Sabda Nabi saw, تناصحوا فى العلم فإن خيانة أحدكم فى علمه أشد من خيانته فى ماله
Maksudnya,” Saling menasihatilah kamu dalam ilmu kerana pegkhianatan seseorang di antara kamu dalam ilmunya lebih jahat daripada pengkhianatannya pada hartabendanya”.

WASIAT NABI SAW

عن أبى بَكرةَ رضي الله عنه، عن النبى صلى الله عليه وسلم، قال : ِليُبَلِّغِ الشاهدُ الغائبَ،فإن الشاهدَ عسى أن يُبَلِّغَ مَن هو أَوعَى لهُ منه
Dari Abi Bakrah ra dari Nabi saw sabdanya, “ Hendaklah orang hadir (mendengar hadith ku) menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, kerana sesungguhnya diharapkan orang yang disampaikan (hadith) itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa hingga hari kiamat. Untuk meneruskan risalah Nabi saw itu di semua tempat dan zaman MAKA Nabi saw meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya setiap orang yang mendengar hadith Baginda saw dan ajaran yang dibawanya ……menyampaikan/berkuliah kepada orang yang belum mendengarnya.Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadith atau hukum agama BUKANLAH tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik(ditauliah), tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa yang menghadiri mana-mana majlis pelajaran agama atau hadith atau hukum-hukum Islam……menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah.

Demikianlah seterusnya dari seseorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadith atau hukum yang hendak disampaikannya itu. { Rujuk : Muqaddimah Mastika Hadith, Jabatan Perdana Menteri Cetakan Kelima Tahun 1986 Muka Surat 101}

TAULIAH DARI ALLAH DAN RASULULLAH SAW﴿يأَيُّهَا النَّبِىُّ إِنَّآ أَرْسَلْنَـكَ شَاهِداً وَمُبَشِّراً وَنَذِيراً - وَدَاعِياً إِ

اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُّنِيراً - وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُمْ مِّنَ اللَّهِ فَضْلاً كِبِيراً - وَلاَ تُطِعِ الْكَـفِرِينَ وَالْمُنَـفِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّـلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىبِاللَّهِ وَكِـيلاً
﴾"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan izinNya(perintahNya); dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)". [Surah Al-Ahzab : 45 – 48]

Para Mufassirun (Ahli Tafsir) menegaskan maksud بِإِذْنِهِ (dengan izinNya) ialah بأمره (dengan perintah atau arahanNya). Maka setiap pendakwah atau pegkuliah menyampaikan seruan dakwahnya adalah dengan kebenaran daripada ALlah dan perintahNya. Oleh itu kita tidak perlu menunggu kebenaran atau perintah sesiapapun.Cuba lihat Nabi Ibrahim vs Namrud, Nabi Musa vs Fir’aun, Nabi Muhammad vs Abu Jahal dan Abu Lahab . Mereka disekat untuk berdakwah menyampaikan Islam oleh para pemerintah.

Sabda Nabi saw, بلغوا عنى ولو آية وحدثوا عن بنى إسرائيل ولاحرج، ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النارMaksudnya,” Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah dari hal Bani Israel dan tidak ada salah (kamu tidak menceritakannya). Dan barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka”.[Riwayat Imam al-Bukhari dan Tirmizi.]Sabdanya lagi; لا طاعة لمخلوق فى معصية الخالقMaksudnya,” Tidak boleh taat kepada mana-mana makhluk dalam (keadaan) memaksiati Khaliq (ALlah)”.

PENUTUPSabda Nabi saw, اَلدِّينُ النَّصِيحَةُ ............. {Agama adalah Nasihat}

Siapakah yang tersangat jahat dan zalim?وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَئِكَمَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌDan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. {Surah al-Baqarah : 114}
والله علم